'Writers block' ?

Salam...

Arghhh... 'Writers block'. Keadaan dimana seorang penulis tidak mampu menulis kerana tiada idea untuk menulis atau ketandusan idea diwaktu beliau benar-benar ingin menulis. Tak sangka aku akan alaminya, sebab aku pernah terbaca dalam blog yang aku pernah singgah dan diorang pun ada sebut tentang ini. Walaupun sebelum aku sign-in ke blogger sebelumnya banyak idea berpusu-pusu mintak dicurahkan ke blog, namun sebaik sahaja aku dah log-in, dah pun klik ke new post otomatik dengan sendirinya blank. Ish.. Sakit hati aku jadinya macam ni. Arghhh... menci, menci...

Oklah, so apa nak tulis macam ni? Oh ya, bersempena dengan 'rebranding' semula blog aku ni (yang mana tajuk blog dan address blog baru), maka aku nak cerita serba sedikit tentang apa makna disebalik "shazlan7677" tu. 

Jeng jeng jeng... Aku mengambil keputusan untuk memilih nama shazlan kerana ianya adalah gabungan nama aku dan hubby aku. Aku = SHArifah, hubby aku = aZLAN. (Memandangkan dikalangan ahli keluarga hubby aku, mereka menggunakan nama pertama aku maka aku gunalah nama pertama aku. Kalau guna nama kedua aku nanti sama lak ngan biras aku , Zura, ahaks.) Jadi, persamaannya SHAZLAN. 7677 tu pulak? Haa... Nombor-nombor tu pulak bukan tarikh lahir sesiapa pun ye, ianya pula gabungan tahun kelahiran hubby aku dan tahun kelahiran aku. 

Sebenarnya nama SHAZLAN ni aku dan hubby dah lama cipta, sejak dari mula-mula kami kahwin dulu. Konon-kononnya, bila dapat baby boy bolehlah letak nama tu. Cewah, romantik giler kan? (Hahah... Itulah, tak sangka hencek Azlan brutal ni romantik plaks, ahaks.) Akan tetapi tiada rezeki, ketiga-tiga anak kami semuanya perempuan jadi nama tu terpaksalah ditunda penggunaannya? Atau digunakan untuk menamakan 'produk' lain? Iyelah, buatnya betul satu hari nanti kami diberi rezeki anak lelaki pulak, letak nama ni. Nanti apa pulak kata anak dara bertiga tu? 

"Kenapa nama kitorang tak ada gabungan nama ibu dengan ayah? Kami ni tak istimewa ke?"

Haisss... Satu kerja pulak nak menjawab, memujuk diorang nanti. Apa-apa pun, alhamdulillah dah ada tiga anak dara. Memang riuh rumah kami macam ada 13 orang budak gamaknya. Apa tidaknya, bila time tiga beradik ni tengah dalam mood nak bermain bersama-sama, ok lah. Tapi, bila mood salah seorang dah bertukar dan tak nak bermain lagi, maka akan bermulalah 'perang saudara' sesama mereka. Yang paling bongsu yang baru berumur 3 tahun tu pun taknak kalah, nak jugak melibatkan dirinya dalam peperangan tersebut. Kadang-kadang dia mengikut kakaknya yang sulung, kadang-kadang dia ikut yang nombor dua. Bergantung kepada budi bicara masing-masing. Siapa yang pandai borek dan pujuk adik yang bongsu tu, haaa... akan jadi pengikut dia lah.

Begitulah kisah insan yang tercatat dalam nama di blog ini. Tanpa salah seorang dari keduanya, tak mungkin ada cerita baru dapat ditulis di blog ini. Hai, macam nak membelok ke arah jiwang lah pulak. Hak hak... Tapi memang betul apa, tanpa aku atau hubby aku, tak akan ada cerita tentang kehidupan kami sekeluarga.

Sekian, bertemu di coretan lain nanti. (cewahh...ayattt...)


Comments

Cik Lily Putih said…
sha,
ntah camne aku boleh terjumpe blog ko. keep on writing. seronokkan menulis di blog nie kan?
ShaZlan said…
Ahahah...

mmg seronok, Dijah.
nak2 mase blogwalking,
bace pikiran2 org len, eheheh...

Popular Posts