Arghh...PMS... Rasa Macam Nak Makan Orang Pulak Niehh...

PMS

Hmm... Ada sesiapa yang tak tahu ke PMS tu apa? Silalah google apa itu PMS ye. Dah dua hari aku ada gejala tanda-tanda PMS nie. Maksudnya? Ya... Janganlah sesiapa buat lawak menyakitkan hati ibu ye, anak-anakku. Nescaya ibu akan 'makan' seorang demi seorang, walaupun yang tak bersalah. Ahahah... Ngerinya amaran...

PMS: Premenstrual Syndrom. Setiap perempuan mesti akan lalui sindrom ni tak kira peringkat umur. Dan ketidaksamaan rasa yang dialami masing-masing sahaja yang membezakan, ada yang rasanya sakit yang amat sangat, ada yang rasa sakitnya suam-suam suku. Aku pulak, biasanya akan rasa macam ala-ala migrain yang amat sangat, dan bila masuk hari kedua period baru rasa sakit migrain tu hilang. Dan biasanya aku akan menjadi extra-ordinary garang dari biasa dengan anak-anak, rasa macam singa pulak, huhuh. Macam biasa hubby aku pun akan kata,

"Baik-baik...ibu tengah lapar nak makan orang tu..."

Ayat tu tak boleh bagi yang sedap halwa telinga nak dengar ke? Huhh... Aku nampak hubby aku kecik aje kadang-kadang tu, ahahah...


Oh ya satu perkara aku nak pesan: Jangan main-main dengan perempuan yang tengah ada PMS, kadang-kadang perkara kecik boleh jadi besar dan serius tau..

Comments

Popular Posts