Aku Stress Hari Ni



Adusss...

Tengah dok sibuk-sibuk memasak kat dapur pagi tadi sebab anak sulung aku nak ke sekolah tengahari nanti, tup-tup gas memasak kat dapur aku habis lak. Haisss... sakit hati aku nieh sebab tengah dok asyik nak cepat siapkan makan tengahari anak-anak aku terbantut pula. Satu kerja pula aku nak kena golekkan tong gas memasak ini ke kereta. Tak nak pulak gas memasak ni habis waktu suami aku ada kat rumah. Bukan apa, apa sangatlah kudrat seorang perempuan macam aku ni nak mengangkat tong gas dari dapur ke ruangan parkir kereta untuk dimasukkan ke dalam kereta. Cewahh... kemain ayat. Hahah.. Almaklumlah, sementara 'cik abang' ada nilah, kena 'menyusahkan' dia sikit. Hahah... Boleh pulak lawak bingai tengahari ni ye...

Ok, berbalik kepada makan tengahari pula, aku cuma masak sardin tumis kari sahaja. Dan tak lupa telur goreng dadar dan kangkung tumis cili api. Masakan paling simple dan paling malas aku lah ni. Hahah... Jemput makan semua, hahah... nyum nyum nyum

Inilah kari sardin
Best wooo bila makan dengan nasi panas
Nyum nyum nyum
Jemput makan

Comments

Popular Posts