Kisah Di Rumah
Salam...
Lama tak update coretan. Tahu-tahu dah masuk 2 minggu terakhir untuk bulan ni. Haisss, cepat betul masa berlalu. Dan umur aku pun meningkat jugak bulan nieh, hahahah... Rasa macam baru semalam sahaja aku meninggalkan zaman persekolahan dulu, ahaks... Merepek pulak cik Pah kita memalam nih.
Sebagaimana semua kita yang sudah punya anak bersekolah tahu, sekolah telah pun memulakan pembelajarannya semula. Jadi, tiada lagi waktu berehat bagi mereka. Perlu kembali ke sekolah bertemu semula dengan buku-buku yang telah ditinggalkan selama 2 minggu lalu. Anak-anak aku tidak terkecuali. Dan bermula kembali jadual yang padat aku di waktu pagi (walaupun aku ni surirumah sepenuhmasa kini, sejak sebulan yang lalu... level kesibukkan ini mengalahkan kesibukkan mereka yang bekerja di pejabat tau...) . Kalau waktu cuti sekolah, selepas subuh tu, bolehlah aku lelap-lelap sekejap (heheh) barang seminit dua (iye ke? hahahah), dalam 6.45am bangun semula untuk siap-siapkan sarapan untuk keluarga aku. Akan tetapi, itu hanya dapat berlaku di waktu cuti sekolahh sahaja. Waktu puncak? Oowhhh... tidak sekali, kerana begitu banyak perlu dilakukan dari sebelum subuh sehingga terbit matahari.
Baiklah, cukup entri untuk jadual kerja 'packed' aku itu. Aku nak cerita pula tentang kisah promoter di rumah-rumah orang samada di kawasan taman perumahan mahupun di kawasan kampung. Promoter? Hmm... atau lebih tepat, JURUJUAL dari rumah ke rumah tu la. Tentang di kampung-kampung itu aku tak pasti, tapi yang pasti nyata dan tepat kawasan perumahan memang ada. Akan tetapi yang menghairankan aku, para jurujual ini mensasarkan rumah-rumah orang Melayu sahaja. Aik, jurujual ni pun 'racist' jugak ekk. Haa... aku tak pasti kenapa tapi memang begitu. Sebabnya, masuk kali ni dalam 2-3 hari yang lepas, rumah aku telah menjadi sasaran jurujual ini. Bukan sekali, tapi dah 2 kali. Adakah kerana aku punya tarikan ala-ala magnet untuk menarik jurujual gitu? hahahah... Abaikan ayat ini. Dengan suara sayup-sayup memberi salam dari luar pagar, kemudian setelah aku jawab salam, ini kata-kata jurujual perempuan tersebut,
J.Jual: Kak, akak pernah dapat tak barang percuma kegunaan harian kak? Kami ni nak bagi barang-barang percuma kat seisi rumah akak ni. Ada ubat gigi, syampu, sabun dan lain-lain barang kak. Kami cuma nak masa akak 5 minit je dari akak.
Aikk... Nak bagi barang percuma siap nak bagi ceramah pulak? Apa kes? Lagipun, kenapa nak bagi barang kat orang yang tinggal kat rumah batu yang ada tiga bilik tidur dan ada kereta diletakkan di hadapan rumah? Kenapa tak bagi barang 'percuma' kat orang-orang susah macam kat dalam Bersamamu TV3 tu? Diorang lagi susah, nak beli barang-barang kegunaan harian pun nak kena bercatu. Lagipun, zaman sekarang ni, mana ada istilah bagi barang percuma dah. Zaman teknologi canggih tak ada maknanya percuma. Habis paling tidak macam banyak kes-kes gores dan menang tu. Silap-silap boleh terjebak nak kena bayar lagi mahal dari bayar kat kedai-kedai runcit untuk dapatkan barang-barang kegunaan harian nieh.
Aku: Takpelah dik, ubat gigi, sabun, syampu semua tu banyak kat bilik air akak ni. Akak dah beli stok cukup untuk kegunaan 2-3 bulan akan datang. Takpe lah ye...
Aku menjawab dengan penuh konfidennya, hahah... Tapi, Jurujual tu tetap nak menang, nak 'push' jugak supaya aku 'terbeli' dengan ayat-ayat manis dia.
J.Jual: Sekejap je kak.
Haa... satu perkara tentang perangai aku ni pulak, bila aku dah kata tak nak, orang tu buat-buat pekak badak ke, buat-buat tak faham bahasa jawabnya aku akan 'ignore' aje orang tu. Maka aku pun tolak semula sliding door rumah aku, tutup balik langsir kunci sliding door. Kembali duduk mengadap sinetron Indon yang aku tengah asyik menonton sebelum tu. Aku dah tak kisah apa jurujual tu nak kata apa, rumah aku, dah aku tak 'welcome' diorang, maka dipersilakan ke rumah orang lain pula ye.
Ok kembali kepada sebab kenapa rumah-rumah orang Melayu biasanya menjadi sasaran. Adakah kerana orang Melayu senang diperdaya? Senang termakan ayat-ayat manis kononnya 'percuma'? Atau sebab kemerduan dan kelunakkan suara orang yang memberi salam itu: wahh orang ni mesti baik. Tak tipu punya. Adakah begitu? Mungkin juga.
Tapi, apa yang buat aku berfikir secara rasionalnya ialah, mana ada benda percuma sekarang ni. Hanya mereka yang merasakan diri mereka cukup 'bernasib baik' sahaja yang akan termakan ayat-ayat sebegitu.
Jadi, moral of the story is, berhati-hati dengan kata-kata jurujual. Tak kiralah di rumah kita atau di pasaraya, waima dimana sahaja yang ada jurujual. Bukan apa, kalau betul dengan nilai yang kita bayar tak mengapa, tapi jika bayaran untuk yang tiada nilai? Bukankah haru biru jadinya...
Comments
itulah, dah jurujual pun org Melayu kita aje yg selalu byk nampak.
Kalau org bukan Melayu pulak kebykkannya hanya edar risalah2 aje.
Pelikkan?