Apa Yang Penting...?


Tengok tajuk, sinonim dengan kartun kegemaran ramai tak kira peringkat umur tu, Wonderpets. Heheheh... Kenapa aku boleh kata kegemaran ramai? Iyelah, cuba tanya lagu tema rancangan kartun lain, konfirm ramai tak tahu. Ini, walaupun sekadar 1 barisan lagu sahaja, semua pasti tahu baris tersebut hak milik rancangan kartun tersebut. Kartun Upin Ipin? Haa... Rancangan kartun tu mana la ada lagu tema. Lagu sahaja tiada lirik. Trade-mark rancangan kartun Upin Ipin: HAI, SAYA UPIN. SAYA IPIN. INI KISAH KAMI BERDUA. Anak-anak aku semua hafal dialog 'glamer' rancangan kartun tu.

Berbalik kepada Wonderpets tadi, ni semua gara-gara anak aku lah ni. Si bongsu ni,

"Ape yang enting, ejeshame, ape yang enting ejeshame" <= apa yang penting kerjasama

Bukan main lagi anak dara kecik sorang ni. Menyanyi aje kerjanya. Naik pelik aku masa mula-mula dengar entah apa-apa lagu yang dia nyanyi. Bila aku dengar betul-betul baru dapat tangkap. Haii... Tak padan dengan keciknya, pelatnya... Naik geli hati aku melihat gelagat dia. Yang kakaknya pulak, bila dah nampak adik dia buat gelagat lawak 'sukahati' dia tu, pakat gelakkan adik dia pulak. Beriya-iya dia gelakkan adiknya.

Owh ya... Tak boleh tulis panjang-panjang. Malam ni ada Arjuna. Rancangan 'mesti' tengok untuk setiap malam Selasa. Bertemu di tulisan akan datang.

Inilah 'penyanyi' tak bertauliah tersebut, huhuhu...

Comments

Popular Posts