Merapi di Indonesia...

Gunung Merapi meluahkan abu gunung berapi ke udara sebagaimana terlihat dari Cangkringan, Indonesia
 Isnin, 8 November 2010 ini.

Gunung Merapi meluahkan abu ribuan kaki ke udara hari ini, dan para pegawai memberi amaran ianya akan meletus pada bila-bila masa sahaja. Para penduduk mula melarikan diri dari bandar terdekat Yogyakarta, kedudukannya dianggarkan lebih kurang 20 kilometer di selatan gunung berapi yang aktif itu. AP melaporkan bahawa penduduk sedang cuba meninggalkan kota dengan apa cara sekalipun. 

 Abu dari letusan Gunung Merapi meliputi bandar Muntilan, Jawa Tengah, pada 8 November 2010.

"Keluarga saya berpesan agar segera meninggalkan tempat ini." Kata Linda Ervana, penuntut bidang sejarah, 21 tahun yang sedang menunggu bersama rakan-rakannya di sebuah stesen kereta api di sebuah universiti di kota Yogyakarta, 20 batu (30 kilometer) jaraknya dari gunung berapi itu.

Setelah gagal untuk mendapatkan tiket, mereka menyewa bas mini dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

"Rasanya seperti dalam filem '2012 '," kata temannya yang berusia 22 tahun, Paulina Setin. "Seperti bencana di filem tersebut."

Korban bencana ini telah meningkat menjadi sekurang-kurangnya 141 orang, sementara penyelamat masih menemui mayat lagi, kebanyakkannya hangus teruk untuk dikenal pasti. Mayat mereka yang terkorban dikuburkan dalam sebuah liang lahad beramai-ramai. Para saintis mengatakan bahawa bahaya sebenar bagi kota Yogyakarta adalah lumpur panas yang sedang menyusuri sungai ke bandar yang akan sampai dalam 60km sejam.

- Sumber: www.npr.org


Betapa aku terpegun melihat kepulan asap dari gunung berapi ini di Indonesia. Bagaimana begitu banyaknya lingkaran gunung berapi yang berada di dalam kawasan jajahan Indonesia. Namun, rakyatnya masih tabah cuba mengharungikehidupan mereka. Meskipun mereka tahu mereka tak mampu untuk kemana-mana. Contohnya sila lihat gambar dibawah ini,

 Meskipun tahu bahaya (bila dah nampak kepulan asap tu...), 
tapi wanita ini masih bekerja untuk menyara hidupnya.

Baiklah, jika anda terlihat kepulan asap keluar dari sebuah gunung,
adakah anda akan diam sahaja tanpa memikirkannya?


Masih adakah tempat untuk kita menyelamatkan diri jika keseluruhan kawasan
diselaputi dengan debu?





Comments

Popular Posts