Aku Bingung... Bukan Bengong Yerrr...
Bingung...
Aku masih bingung memikirkan sikap salah seorang teman sepejabat aku itu. Masih tidak nampak dan tidak faham apakah perlunya dia bersikap dingin dan ego sebegitu dengan orang-orang baru seperti aku dan executive aku itu di department dia. Adakah kerana dia lebih banyak tahu akan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan? Atau ingin menunjukkan kepada kami ini(orang-orang baru) bahawasanya tanpa dia akan terjejas perjalanan operasi sehari-hari di situ? Aku akui masih banyak yang perlu aku pelajari, masih banyak kesalahan yang perlu aku tempuhi bagi mendapatkan pengalaman yang amat berharga, namun bukankah komunikasi itu kunci yang paling penting dalam sesebuah organisasi? Apakah pendekatan komunikasinya? INTERNAL EMAIL!!! Apa tu? Ada masalahkah untuk bersuara kepada aku, pembantunya dan executive baru itu? Dan tidakkah keluarganya pernah mengajarnya waima sedikitpun akan rasa hormat pada insan lain? Tak kiralah pangkat, umur atau darjat? Mengapalah adanya hamba Allah yang bersikap sedemikian yang perlu aku hadapi setiap hari, Isnin hingga Sabtu? Apakah yang telah aku atau executif itu lakukan terhadap dia sehingga tergamak dia bersikap acuh tak acuh begitu? Bagaimana kami ingin menunjukkan kebolehan kami sedangkan tunjuk ajar pun seolah-oleh begitu mahal untuk diajar kepada kami.
Puas aku cuba memikirkan kesimpulannya bagi situasi budak itu. Iya, budak baru nak hidup bak kata orang. Umur dalam lingkungan 25-27 tahun, sudah memiliki tunang yang berada di Pasir Gudang. Jangan di tanya aku sudah berapa lama dia bertunang, bagaimana sikap dan rupa tunangnya kerana aku tidak tahu meskipun aku pernah ajak dia berbual. Dan jawapan yang aku terima? NON! ZERO! NEGATIVE! Dari bawaan dirinya setiap kali jika aku perlu bertembung dengannya, amat susah untuk aku mendengar suaranya berbicara dengan aku. Tak mengapa. Aku ini bukan sesiapa kepadanya. Untuk apa berbicara dengan aku, betul? Hmm... Lantaklah. Cuma, setiap kali jika dia bangkit dari mejanya untuk ke meja 'teman-teman' baiknya untuk bergelak ketawa, sedikit sebanyak aku terasa hati. Adakah aku ini tidak layak untuk di ajak bergelak ketawa bersama-sama? Tak mengapa, aku tabahkan hati, cekalkan semangat untuk berfikiran positif sentiasa. Mungkin ini salah satu dugaan yang perlu aku tempuhi di tempat kerja aku itu. Alhamdulillah, nasib baik executive baru aku itu ada, sekurang-kurangnya ada juga teman berbual disamping mereka yang 'senior' di pejabat itu. Masih jelas diingatan aku ketika Exekutif Local Customer Service, si Dilla dan Hana berkata,
"Sabar ajelah, dia dulu masa mula-mula masuk dulu pun bodoh jugak. Banyak tak tahu. Tapi bila dah sombong semacam tu geram jugak kitorang tengok."
Aku cuma tersenyum sambil berkata,
"Takpelah. Mungkin dia nak lepas geram kot. Dah lama sangat kerja dia yang menimbun tu takde orang tolong dulu. Betul tak? Aku tak marah pun. Lain orang lain ragamnyalah."
"Eh, dia dah suka-suka hati marah kau, bentak-bentak kau... Kau tak marah? Kalau aku lah Pah... Hissh...Memang saje cari pasal dengan akulah namanya tu."
si Hana seolah-olah kurang bersetuju dengan pandangan aku. Aku senyum sahaja pada mereka. Apa yang boleh aku lakukan selain senyum? Aku ke sana untuk bekerja, untuk membantu menambah pendapatan bagi kegunaan keluarga aku. Bukan untuk mencari musuh, jauh sekali mencari lawan. Jadi soalan untuk mencipta 'senario atau drama percuma' untuk menjadi tontonan umum dipejabat, aku minta maaf banyak-banyak kerana itu bukan sikap aku! Aku tidak suka menjadi perhatian dipejabat. Namun aku perhatikan budak itu begitu inginkan perhatian mungkin, adakah sebab itu dia bersikap demikian? Mungkin. Kerana setiap kali jika dia kembali ke mejanya, pasti ada sahaja alat tulisnya dicampak atas mejanya dengan keras, laci mejanya ditutup dengan kasar. Aku rasa kalau aku ada penyakit jantung, mau jatuh pengsan aku dibuatnya kerana terkejut. Haiss... Sabarlah ye cik Pah. Insyallah.
Aku masih mampu bersabar melihat akan karenahnya. Cuba terbaik untuk melaksanakan tugas-tugas yang diberi. Cuma, seperti coretan aku diawal entri ini, mengapa begitu payah dia untuk berbicara dengan aku? Komunikasi itu penting bagi mengelakkan sebarang salah faham tentang kerja. Tapi, ternyata itulah cabarannya.
Apa yang penting? Bekerjasama...haisss...
P/S: Bos kami sering mencanangkan isu bekerjasama. Akan tetapi dengan sikapnya sebegitu, bagaimana? Kalau isu sikapnya dibangkitkan dalam meeting pun, dia sekadar mengangguk sambil 'menulis' dalam note-padnya, dalam sehari dua kemudian dia akan kembali semula kepada sikap asalnya. Sadisnya!

Comments