Kesian Exec Aku Tu...



Kisah benar di pagi Isnin di ofis aku pagi tadi:

Aku: Miss Lim, kenapa muka macam ni? Lain je, tak ceria. Semalam you balik kena marah dengan your mom ke? ( sebab semalam dia pun masuk ofis temankan aku buat kerja, baguskan exec aku nie... )

Miss Lim: (Geleng-geleng kepala sambil di matanya aku dapat lihat dia menahan air matanya, haisss... )

Aku: Miss Lim... Why? Don't be like this laa... Did Kevin (our boss) scolded you? Or that SISTA (kaki buli) scold you? (Aku dapat lihat dari riak air muka dia, memang semacam)

Miss Lim: There's a lot of things i don't know how to do lah Sharifah...if only Angie was here, she's nice can teach me lots of things.(sambil mengesat air matanya)


Haduihh... Kesian aku tengok exec aku nie. Dia baru kerja tak sampai 2 minggu pun, tapi dia dah give up macam tu. Aku nak bantu tapi aku pun bukan tahu sangat kerja dia macamana, lainlah kalau aku dah kerja 2-3 tahun kat ofis tu mungkinlah aku senang aje nak tolong dia mana yang termampu. Ini aku pun setahun jagung pun tak sampai lagi...Kalau ikutkan aku lagi banyak buat salah, kena buli lagi dengan budak sorang tu(lantak dialah, aku nak kerja lama tak suka nak buat scene drama free kat orang, aku tak suka nak bising2 nie...) hmmm...

Dan masing-masing mula 'page' aku tanya macam-macam. Isk... satu kerja pulak dahh... Bila aku tengok dia tadi, macam dia kena buli teruk dengan 'budak bertuah' tu, tapi masalahnya aku yang kena buli ke, exec aku tue ekk...? Konfius aku sekejap kat situ... errr... Satu lagi, aku tak pasti macamana nak pujuk orang yang dah tawar hati nak kerja ni. Sebab aku pernah berada di dalam keadaan macam tu satu masa dulu. Bila hati dah tak ada nak kerja, memang kita tengok apa pun kat meja, kat pc, kat muka bos sekalipun nampak kosong je. Rasa macam dah malas nak ambik tahu segalanya. Apa yang mampu aku cakap kat exec aku tu,



Aku: Miss Lim, it's ok to make mistakes. We'll learn from it. If we don't make mistakes how do we know which is wrong and which is right, correct? We can't posibbly always do the right thing only right? And don't think too much of negative words that came out of 'those' people. They're just want to see you break down like this la Miss Lim. (aaa... macam bagus aje ayat aku kan? )


Tengoklah, esok aku cuba pujuk dia ke, orangnya jenis periang. Bila dia sampai ofis je, mesti dengar suara dia ucap selamat pagi dulu. Rasa sayang pulak kalau dia berhenti kerja.



Comments

Popular Posts