Exec Aku Kata Dia Dah OK. IYE KE???
" I think she's turn over a new leaf lah Sharifah. You can ask her la..."
* Ini gambaran rasa aku,
nak kung-fu 'cik-kak' tu,
buleh...? heheheh
Aaa... Ayat yang dituturkan oleh executive aku pagi tadi sewaktu aku bertanyakan dia pada agent mana yang patut aku 'kejar' untuk mendapatkan original invois bagi di serahkan kepada bahagian akaun. Ayat tersebut dalam bahasa Mandarin, yang mana bermakna orang yang dimaksudkan itu memang tak akan faham butir bicara kami itu. Kategori mengumpatkah itu? Sekadar luahan rasa exec aku sahaja, agar aku menegur 'cik-kak' seorang itu.
Aku tolehkan muka aku pada exec aku tu dan aku kata kat dia aku takde mood nak tanya dia. Benda simple aje aku buat-buat tanya dia, kalau soalan tentang sistem yang aku tak berapa nak faham mana nak key-in sekalipun aku akan sanggup ke hujung ofis mencari si Dilla bertanyakan dia. Haa... busuk hati? Bukan, aku nak mengelakkan sakit hati soalan aku tidak berjawab, lantas aku akan memaki hamun dia dalam hati aku. Buat tambah dosa kering aje, buat ape kan? Baik aku elakkan dulu buat masa ni, aku tengok dulu dalam beberapa masa. Aku rasa-rasa hati aku sejuk, aku akan tegur dia mana-mana yang patut. Sebab, jenis manusia yang tak pandai nak hormat orang lain ni, aku memang akan buat macam tu. Aku akan buat 'derk' aje dengan dia, seolah-olah dia tak wujud dalam suasana hidup aku. Jadi, bila abaikan kehadirannya, aku rasa minda aku dapat relaks sikit.
Satu lagi yang aku paling tak boleh tahan tu, 'cik-kak' tu anak anggota polis trafik! Haduihhh...!!! Apalah sengalnya? Anak polis perangai macam tu... Buat malu aku nak mengaku anak polis kat ofis aku macam tu... Serious! Haisss... Sabar ajelah...!!!
P/S: Gambar nie buat penghias penutup aje, aku tak bengang pun, heheheh


Comments