KATANYA I.P.U SUDAH BERTAMBAH BAIK, REALITINYA?
Baiklah, nampak tak dua gambar diatas? Itu bukan gambar masalah kelemumur yang teruk yer. Itu gambar cik Pah ambil pagi ini sewaktu mahu menghantar anak-anak ke sekolah. Biasanya seawal pagi pasti nampak kesan air embun pagi, tetapi sebaliknya.
Alangkah terkejutnya melihatkan begitu banyak debu-debu halus sebegini berterbangan di udara lalu kita dengan 'konfidennya' menghirup udara yang tercemar ini. Haisss... Dan semasa cik Pah berada di luar tadi, memang benar dapat melihat langit semakin cerah ( di Simpang Renggam, tempat lain I'm not sure ok, cewahhh speaking pulak uhukk..), namun cik Pah ternampak masih ada debu-debu halus berterbangan di dalam udara. Mana bukti? Sebenarnya kalau nak tengok perlulah tengok dengan teliti, kerana dengan mata kasar memang tak akan nampak. Macam cik Pah tadi dah kesat debu-debu diatas kereta ini tadi, dan tak sampai setengah jam debu-debu tersebut kembali seperti biasa.
Cuma satu cik Pah cadangkan, buat masa sekarang ini perlulah kita elakkan dari membuat aktiviti luar seperti bersukan atau beriadah sehingga kualiti udara benar-benar sihat untuk kita hirup semula kerana bukan membuatkan diri kita bertambah sihat tetapi dikuatiri silap-silap kita atau anak-anak kita tergolong antara yang mendaftar masuk ke hospital gara-gara bermasalah dengan pernafasan kita. Mencegah lebih baik dari merawat, tak gitu? Lagipun, jika mahu bersenam juga, adalah lebih baik ke gym atau pusat senaman yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Apa? Nak juga bersenam & beriadah di luar? OK, tapi sila pastikan memakai topeng muka yer (ala, seperti yang sebelum ini pernah kecoh pasal topeng muka perihal masalah pencemaran udara yang masa begini).
Walau apa pun, silalah buat yang terbaik mengikut keadaan tempat masing-masing. Jangan ingat bila dah ternampak langit tempat kita berdiri amat cerah, tidak bermakna kualiti udara juga secerah yang dilihat. Kecuali jika ianya cerah selepas hujan yang amat lebat. :)
Posted via Blogaway V4.6


Comments