ADA APA DENGAN HIBURAN MALAYSIA?
Ok, sebenarnya malas nak intro panjang-panjang tentang topik di atas ni. Cuma, sudah dua hari perkara ni bermain di kotak fikiran cik Pah, iaitu sejak berlangsungnya Anugerah Blockbuster 2 tempoh hari oleh Astro.
Baiklah, kalau nak ikutkan pada pandangan cik Pah ni kan majlis tu ok je, sememangnya nak buat majlis yang 'grand', tapi rasanya sambutan kurang memberansangkan. Kenapa? Tak pastilah, meskipun 'angle' yang diambil dari sudut yang memastikan majlis tersebut nampak macam meriah namun tetap 'terlepas' juga shot yang menampakkan beberapa barisan kerusi yang kosong. Sampaikan 'encik hasben' yang turut sama menonton berkata,
"Aik, banyak kerusi kosong nampaknya..."
Ala, biasalah tu banyak kerusi kosong. Bukan semua jemputan datang menghadirkan diri, ye tak? Oklah, sebenarnya bukan itu isu di sini yang cik Pah nak bebelkan. Nampak tak gambar yang cik Pah 'attach' sekali ni? Haa...yang depan tu nampak macam si Bobo 'selebriti youtube' Malaysia kan? Ya, tepat sekali. Dia menjadi 'jemputan khas' untuk beraksi diatas pentas digandingkan bersama-sama dengan Shae. WHAT THE FISH???? Dah dah, rilek cik Pah... Jangan kalut sangat... Dah namanya selebriti, rezeki dia dapat naik ke pentas dengan artis, biarlah dia. Iya, betul. Rezeki dia, cik Pah tak nafikan. Tapi, sekadar nak gedik-gedik atas pentas macam tu, baik tak yah! Yang paling menyampah nak tengok tu (disebabkan dah termakan umpan oleh iklan-iklan di Astro, maka dengan tak sabar menantikan kemunculannya! ), dia cuma goyang-gotang kepala entah apa-apa, lepas tu duduk menari sekali dengan penari profesional yang lain. Langsung tak best dan tak kelakar ok..! Lebih baik layan youtube dari sakit mata tengok macam tu, haisss... Lagipun, anak-anak cik Pah pun siap bertanya,
"Ibu, siapa yang menari sekali dengan Shae tu? Tak kenal pun. Pelakon ke penyanyi tu?"
Pada pandangan cik Pah la, dia lebih sesuai beraksi di dalam youtube berbanding secara langsung diluar talian seperti di majlis itu.
Oklah, dah letih nak bebel. Silalah google sendiri tentang anugerah yang telah berlangsung pada Sabtu lepas. Dari mata kasar (cewah, kasar lah sangat) cik Pah lah, takde lah best sangat pun. Oh ye, seperti pada anugerah-anugerah lain sebelum ini, jika ada pencalonan membabitkan Zizan Raja Lawak, orang lain jangan mimpi nak menang terutama sekali jika membabitkan pengadilan oleh peminat. Memang rezeki akan banyak berpihak padanya.
Peace :)
Posted via Blogaway V4.6

Comments