HARI TERBUKA 13/06/13


Semalam merupakan hari terbuka sekolah anak aku. Jadi seperti biasa para ibubapa pasti sibuk mengaturkan masa mereka untuk menghadirkan diri bertemu dengan guru kelas anak masing-masing. Dan sudah tentu, aku tidak terkecuali. Memandangkan 'encik hasben' pada tarikh yang sama ada mesyuarat yang tidak dapat dielakkan, maka 'ibu' sahaja yang dapat menghadirkan diri.

Baiklah, nampak sebahagian report keputusan di atas ini? Ya, keputusan peperiksaan untuk setengah tahun milik kakak, Nur Dania Alia. Alhamdulillah, kakak berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas. Sekurang-kurangnya dapat menjadi motivasi buat adik-adiknya yang berdua tu. Namun begitu, mata 'cik Pah' sakit pula akan kelibat 2C itu. Sebab? Sakit mata tengok, sangat tak cantik... Lagipun, sebab 2C itulah, peratusan keseluruhannya rendah. Tapi, kakak ada bertanya semalam,

"Ibu, ada 2 C ni, macamana?"

Dan aku puas memikir apakah jawapan yang perlu aku jawab padanya. Akhirnya ini jawapan yang aku beri pada kakak,

"Takpe, alhamdulillah sekarang kakak dah tahu macamana rasanya dapat no 1 dalam kelas kan? Lepas ni, kakak belajar rajin lagi dan pastikan markah semua takde C lagi. D dengan E ibu taknak tengok langsung, tak bagus tau.. Kalau nak lagi bagus dapatkan semua A lagi 'best'. "

Kakak diam dan menganggukkan kepala. Aku apa lagi, ambil gambar keputusan tersebut dan aku mms kepada 'encik hasben'. Encik hasben apa lagi, bukan main suka lagi sebab sebelum ni ujian penggal kakak cuma dapat tempat ke-5 dalam kelas, jadi melepasi target lah kan? Hehehe

# Cik-Pah dulu nak nampak bayang-bayang no 1-9 dalam kelas masa sekolah dulu memang payah lah kan... Tapi paling ingat masa darjah 3 dulu masa sekolah kat Penang, dapatlah no 5, huhuhu... Sekali tu aje lahhh... Lepas tu? Dapat nombor 11 dan seterusnya nombor-nombor yang banyak ekekeke...

## 'Pandai' betul cik-Pah kita belajar masa mude mudi dulu kan... wakakakaka










Posted via Blogaway V4.6

Comments

Popular Posts