SANTAI AHAD
Hari Ahad, hari santai. (Pssttt... Santai sangat ke cik Pah ooiii...) Hehehe, kalau diikutkan tak ada lah berapa nak santai mana pun. Tapi memandangkan hari yang mana encik suami pun bercuti, tidak bekerja (namun hari santai macam ni pun kekadang ada sahaja pekerjanya menelefon, rasa macam nak menjeling setajam-tajamnya), namun aku redha (sebab dia dah naik pangkat, plus gaji pun dah naik sikit kannn... Sendiri mau ingatlah...hehehe). Haisehhhh... Ayat sangat skema cik Pah oiii... Geli geleman membacanya.
Ok, sebenarnya baru sekejap tadi terbaca satu artikel dalam Metro Ahad seksyen Selebriti, SANGGUP MENGATA KERANA CEMBURU. Isk...serius terasa macam dejavu bila membaca artikel tu. Sebab cik Pah pernah rasa apa si A tu rasa. Serius. Pagi pergi kerja kerana satu kewajipan, walaupun hidup tidak semewah mana namun tetap ada yang merasa sakit hati melihat senang hati dalam mengharungi hidup secara sederhana. Serius. Orang-orang seperti B itu perlu mendapatkan rawatan jiwa. Isk isk isk.
Comments