BUDAK DIDERA, TAK HABIS-HABIS

Tajuk sama mengenai penderaan. Jikalau tidak penamatnya dengan kematian, pasti tajuknya 'semakin pulih'. Tetapi pada luarannya memang pulih, bagaimana dari segi dalaman kanak-kanak itu? Pasti dalam jangka masa panjang mustahil untuk sembuh.

Cewahhh... Dah kenapa cik Pah petang-petang begini? Merepek sesaja... Maaflah, setiap kali terbaca berita berkaitan kanak-kanak ni, rasa macam nak aje ikat orang-orang yang gemar mendera kanak-kanak itu semua pada satu tiang dan baling dengan batu. Apa entah perasaan mereka di saat mereka mendera? Tidakkah mereka terfikir akan rasa sakit budak berbanding orang dewasa? Pernahkah mereka terfikir jika diri mereka yang menggantikan tempat budak yang mereka dera itu? Agak-agaknya rasa sakit atau tidak ye? Atau ada masalah mental yang menghalang mereka dari berfikir secara waras sehingga tergamak mendera dengan serius sehingga membawa kematian?

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."

Jika sabit kesalahan, konfirm hukuman mati. Tak sayang nyawa betul para pendera ni semua kannn...

# mungkin ada wayar yang tercabut sehingga salah satu impuls mereka gagal berfungsi, haihhh

Comments

Popular Posts