LANGIT GELAP, GURUH SALING BERSAMBUNG
Lama menyepi cik Pah, senyap je. Apa cerita sekarang? Haaa...sibuk sangat menguruskan rumahtangga gamaknya, almaklumlah surirumah sepenuh masa 'mak-jemah' ye... SIBUKLAH SANGAT, hahaha.
Oklah, kali ni nak update posting yang mudah-mudah dulu. Bak kata orang, warming up dulu kan. Gitu... Kisah tentang anak cik Pah yang no 3, Adriana @ Yana. Haaa... Ketika post ni sedang dikarang, si Yana sedang bermain dengan kawan-kawannya. Anak jiran sebelah rumah Tok-Umi dialah tu. Dipendekkan cerita, langit sedang galak dengan gelap + guruh + kilat sekali sekala. Di sempadan tanah antara tanah rumah Tok-Umi dan jiran sebelah, Yana ber'negotiate' dengan kawannya,
"Nanti pukul 6pm kita main ye..."
Yana pun menjawab,
"Tak boleh, nanti pukul 6pm kita nak balik rumah ayah kita. Nanti ibu kita tinggal kita lah."
"Ala...awak tak payah la balik, awak tidur lah rumah Tok-Umi awak aje"
Selesai kawannya sebut ayat tu je, Yana segera menoleh pada aku. Nak tergelak pun ada. Aku pun apa lagi, buat-buat tak dengar toleh kat tempat lain konon sedang asyik memandang langit gelap.
Jadi, apa sebenarnya kaitan tajuk post ni dengan cerita ni sebenarnya? Hahaha, tiada. Jadi sesiapa yang rajin menyinggah blog cik Pah ni membaca, i ucapkan terima kasih sebab sudi singgah baca omelan entah apa apa entah yer... Hehehe
Sila jangan marah. Di posting lain kali akan di 'update' post yang lebih berkualiti. Hopefully. Hehe
#Apa kaitan gambar yang diselitkan? Juga tiada kaitan. Cuma itu antara pokok bunga yang terdapat di rumah Tok-Umi, hehe
Comments