Update: Lewat Sikit...heheheh




Ish...
lama betul tak meng'up-date'kan 'belog' kesayangan ni. Bukan tak ada intipati nak dicurahkan, tapi keadaan diri yang teramatlah lepaknya setelah seharian bekerja. Cewahh... baik punya ayat kan. Macamlah sebelum ni tak pernah kerja, hampes jer cik Pah kita nieh, heheh...

Wokeih, pertama sekali aku nak cerita tentang ofis baru aku ni lah. Haa... Minggu pertama, ya ampunnn... Bosan tahap gaban dah sebab tak ada kerja nak buat. Bukan tak ada kerja, ada. Tapi orang yang sepatutnya ajar aku tu, sibuk dengan kerja dia. Mana nak call forwarding agent nak confirm transport dan booking segala. Aku tak suka nak kacau orang buat kerja, nanti elok-elok boleh siap cepat, sebab 1 soalan yang boleh distract attention dia, kucar kacir pulak. Sudah... Kalau aku pandai-pandai nak buat pulak nanti, salah pulak. Jadi, duduklah aku melihat kesibukan dia buat kerja berdua dengan Asst Manager tu... huhuhu... Bagusnya, duduk je??? Heheheh, jangan marah ye...

Walau bagaimanapun, fuhhh... Hari ni baru aku terasa macam banyak jugak kerja lah. Mana taknya, biasanya aku rasa masa tu macam lambat je jalan. Dah proses dokumen yang sepatutnya untuk export yang keluar tadi, bila aku tengok jam je, AISEH!!! Aku dah terlepas masa rehat petang! Cehhh... Cemana aku boleh tak perasan jam tu, padahal kat hujung tepi monitor je. (ehem, ehem... konon nak tunjuk betapa khusyuk dan asyik buat kerja lah hari ni tu tadi? keh keh keh... *wink wink) Dan disebabkan hari ni aku tumpang kereta seorang budak akaun, jadi nak tak nak tu yang jadi macam kelam kabut sikit sebab nak cepat-cepat balik takut kena tinggal. Kalau aku drive sendiri tadi, rasa-rasanya aku masih melepak-lepakkan diri lagi meninjau apa-apa yang patut (skemanye ayat, tak boleh blah betul cik Pah nie).

Kesimpulannya, aku rasa ok je kerjanya. Tak stress mana pun. Tapi, bab nak inform driver kontena setiap kali diorang dah sampai nak park kat mana, lepas tu nak tarik kontena yang siap diisi tu, macam sengal sikitlah. Yelah, kena driver yang faham setiap syarikat ada prosedur kerja, ok. Bila kena yang nak lebih kurang, tak nak ikut prosedur tu yang payah sikit. Nak ikut kat dia je, geram jugak aku kadang-kadang. Tapi sabar ajelah... Lain orang lain ragamnya.

Rasa-rasanya ini je dulu kot update aku kali ni, mata pun sudah menunjukkan tanda-tanda bakal tewas dengan mengantuk ni. Bertemu di lain coretan.

Comments

Cik Lily Putih said…
wah keje baru, so gaji pun baru la ek.. bile nak belanje aku
ShaZlan said…
aisehh...

blom dpt 1st gaji lagi dah ada pulak yg beratur dah nie...ngeee

heheheh...

nanti2 bila ada jodoh kita jumpa,
insyallah kut...

huhuhu...:P

Popular Posts