Habis... Habis...



Pagi tadi, lepas selesai membasuh segala, mengemas segala, menjemur kain-kain basuhan di ampaian, maka aku mengambil keputusan untuk ke rumah mak aku yang perjalanannya lebih kurang 10-15 minit dari rumah aku ni. 

Maklumlah, musim cuti sekolah ni anak-anak aku yang berdua tu tidur di rumah dia malam tadi. 

Nak lepak dengan mak sedara & pak sedara diorang. 

Memandangkan aku cuma bekalkan pakaian diorang untuk sehari, maka aku bawakan lagi pakaian diorang, kot-kot tak cukup ke...

Dalam pada aku pun dok lepak-lepak dengan adik-adik aku berborak santai, tiba-tiba bunyi pulak guruh. 

Aisehhh... Cepat-cepat aku ajak anak aku yang bongsu balik,


Aku: Adik, jom balik rumah ayah jom. Habislah kain baju ibu basah nie nak hujan.


Huargghhh... Tensen akuuu...!!! 

Masuk simpang selepas lampu isyarat, dah rintik-rintik hujan. 

Jalan ke depan sikit, dah lebat. 

Waaaaa....!!!! Habis basah kain baju aku semua!!!! 

Arggghhh... Dahlah semalam hujan, hari ni pun hujan... 

Tak kering la kain aku tu... waaaaaa....!!!!



Comments

Popular Posts