Eh-Eh... Macam Tak Puas Hati Je...
Aaaa... Dah jam 1 pagi, eh cik Pah kita tak tidur lagi? Ahahahah... Bukan tak tidur lagi, dah tidur tadi. Memandangkan kereta hubby aku tu tetiba sesuka hatinya nak berbunyi alarmnya, maka tidurku 'kecacatan'. Bila aku dah matikan bunyi alarm yang teramat 'annoyed' itu, mataku ini kini teramatlah segarnya. Issshhh... Macamana nak kasi ngantuk balik? Hahahah... Aku layankan blog aku nie, menulis 1 entri di awal pagi. Jangan tak bangun pulak nanti untuk sediakan juadah bersahur, sudahhh...
Ok, ni aku nak kongsi cerita siang hari tadi. Begini ceritanya, dalam minggu lepas aku ada pergi ke satu temuduga kerja yang mana sebelum ini aku ada mohon untuk jawatan 'Purchasing Assistant'. Jadi, orang HR syarikat tu secara ringkas brief lah kat aku job scope nya, aku pun tak berminat terus tak jadi pergi temuduga untuk jawatan tersebut. Kemudian, orang HR tu call aku balik inform ada vacancy untuk 'Customer Service Assistant' kat syarikat tu, aku pun setuju nak pergi temuduga.
Selesai segala proses temuduga, seperti biasa proses menanti panggilan kejayaan temuduga tersebut pulaklah kan... Alhamdulillah. Rezeki aku kat syarikat tu di bulan Ramadan tahun ini, aku diterima. Jadi, selepas sesi 'negotiation' antara aku dan orang HR itu, persetujuan berkaitan tarikh aku memulakan khidmat adalah pada 20hb September ini. Aku rasa selesailah segala masalah.
Jadi, kisah yang buat aku rasa semacam ni sebenarnya bila aku terima panggilan lagi dari nombor telefon syarikat ini. Bila aku tengok nombor telefon yang tertera di skrin hp aku, aku ingatkan orang HR tu call aku lagi. Serta-merta minda aku mengatakan mesti nak suruh aku masuk awal ni. Bila angkat je, suara seorang wanita Melayu memberi salam. Dia tanya aku boleh tak masuk awal, iaitu esok. Eh!!! Apa ni? Orang HR tu (Miss Tan) kata 20hb, kenapa pulak aku nak kena masuk esok pulakkan??? Aku pun menjawab dengan nada biasa-biasa sahaja (meskipun aku musykil ketika itu, musykil kenapa orang lain yang call sedangkan aku tak kenal sesiapapun kat syarikat tu lagi. Memandai je dia call aku suruh start esok!!!),
Aku: Eh! Saya kat rumah mak mertua saya kat Pahang ni. Macamana saya nak start kerja esok ni??? (terpaksa aku katakan begitu kerana aku tak suka dibebankan dengan masalah remeh jika ada orang yang nak bercuti tak dapat, tiba-tiba nak kaitkan aku pulak! Aku tak kenal pun kau yang mana satu nieh...!!!)
Setelah mendengar aku berkata demikian, serta-merta 'orang itu' berkata,
Anonymous: Ok, takpelah.
Terus 'beliau' meletakkan gagang telefon tanpa memberi salam seperti diawal panggilan, yang begitu penuh sopan santun. Hishhh... Terus terang aku katakan, aku mula rasa tak suka pada 'beliau', who ever that girl was. Tak kisahlah kau tu bakal jadi officemate aku pun, tapi tolonglah, aku dapat sense yang kau tu tak puas hati kat aku tau...!!! Hei, belum start kerja dah ada yang macam tak puas hati pulak.
Hmm... Lantaklah. Bagi aku, kalau aku tak kacau orang, janganlah orang nak pandai-pandai kacau kerja aku kelak nanti ye... Rasa-rasa kalau nak aku buat-buat tak nampak kau depan mata aku, tunjuklah perangai 'baik' kau tu. Nescaya kau hanya akan kenal aku pada nama aku sahaja.

Comments