GEGAR...

Assalamualaikum...

Wahai belog,
Hari ni dah masuk hari Isnin, 9hb November dan tak lama lagi keputusan UPSR 2015 anak sulung saya, Nur Dania Alia akan keluar dan sesungguhnya saya teramatlah 'nebes' tahap maksima dah ni. Adeih...! Masa zaman diri sendiri nak exam SPM dulu pun takde pun nebes macam ni, adohaiii...

Okey, baiklah. Mari alihkan perhatian dari kisah anak lah ye. Saye pun nak menyibuk bercerita tentang Gegar Vaganza musim kali ini. 

** Gambar ihsan dari encik Google.
Terima kasih encik Google.


Peserta favorit kali ini? Nak kata favorit tu takde kot. Cuma saya ni jenis yang suka tengok prestasi seseorang itu dalam sesebuah pertandingan. Dan saya suka melihat persembahan beberapa artis dalam Gegar Vaganza kali ini, antaranya Ezad, Nassier Wahab, Haiza dan Nana. Kenapa saya suka tengok persembahan Nana pulak kali ini? Sedangkan sebelum ni tak kisahkan dia pun kann...? Baiklah, sejak dia bawak lagu Kasihnya Laila pada konsert minggu 3 lepas, qasidah dia memang mantap! Sungguh! Terasa sayu nak menangis dan terasa nak pergi masuk kelas mengaji balik belajar berqasidah dengan betul... Huuuuuuu... Dan untuk konsert minggu depan pulak Nana dapat lagu Dato Siti, Nirmala. Kita semua sedia maklum bagaimana penuh lenggok dan qasidah lagu tu kan..? Sungguh tak sabar nak tengok persembahan dia minggu depan pula...

Baiklah, rasanya itu dulu kot untuk update kali ini. Perlu keluar dahulu ada kerja yang perlu diselesaikan. Shall continue later.

(Senyum+sengih)

Comments

Popular Posts