BARU JUMPA JALAN PULANG
Tersesat. Tak jumpa jalan pulang.
Motif? Intro saje bagi gempak lah tu kononnye ye? Hehehe... Oklah. Sebenarnya macam ni. Keinginan dan ketagihan terhadap membebel di ruangan ini terasa semakin menjadi-jadi. Dan maka itu, terjadilah introduksi yang separa senget ini, memandangkan dah bersarang belog saye ini terbiar sepi (cewahh...sepi lah sangat kann..), maka apa yang terlintas di kala ini saye pun menulis lah ye...
Berbalik kepada betapakah lamanya senyap sunyi ni, December 2013 last update, dan sekarang ni dah masuk November 2015 dah pun, setahun 11 bulan uols. Woww...! Sekejap je kan, pejam celik pejam celik, dah lebih setahun duduk bertapa dalam gua dan bila keluar je mula perasan jakun ala-ala macam tak pernah kenal dunia alam maya ni semua, gitewww...
Baiklah, ni saya nak cerita sikitlah kan apa yang berlaku sepanjang bertapa lebih setahun ni. Tak banyak sebenarnya. Melainkan perihal anak-anak je mostly. Dan sebenarnya saya ni sedang seteresss memikirkan apakah result UPSR 2015 yang bakal anak slung saya dapat. Cuba bayangkan semasa dia dalam minggu peperiksaan UPSR tempoh hari, saya yang over sampaikan terbawa-bawa dalam mimpi. Over kann...? Sungguh over, tak tahan betullah, haishhh...😒. Malah Mom-In-Law pun cakap kita ni over walhal budak tu takde mende pun... 😒😒😒
Bukan nak kata apalah kan, serasa saya lah kan, biasanya pengalaman dari anak yang pertama itulah yang membuatkan gelabah tu luar biasa sikit, almaklumlah anak pertama. So memang dia punya rasa over tu semacam bermula dari perkataan pertama dia, langkah pertama, hari pertama masuk tadika, hari pertama masuk tahun 1. Dan of course tak lama lagi hari pertama masuk sekolah menengah! Aiseh..! Sekolah menengah? Umur bertambah ni nampak gaya, sebab anak dara saya yang sulung dah sekolah menengah. Makin hebat rasanya cabaran bila dah ada anak kat sekolah menengah ni. 😱😰
Pun begitu, result percubaan UPSR dia tempoh hari boleh tahan juga, so saya pun sibuk mencari sekolah menengah berasrama penuh yang bersesuaian untuk memohon kemasukan sesi tahun 2016 untuk dia. Memandangkan keputusan dia memuaskan, jadi saya dan encik suami berpendapat adalah elok kalau dia dapat bersekolah di sekolah yang punya asrama sebab adik-adik dia yang berdua tu sering mengganggu tatkala dia sedang asyik menelaah pelajaran. Alhamdulillah. Lega hati melihat dia senang terima pelajaran di sekolah, kira bak kata orang, hati dia terang senang nak tangkap pelajaran yang diajar kat sekolah, gitu lah lebih kurang bunyinya... 😊

Comments