BOSAN TAHAP GABAN
Bosan. Cukup bosan.
Bila berada dirumah aku tak boleh buat apa-apa. Mahu ke mana-mana pun terbatas dek kerana nasihat doktor: AWAK DUDUK RUMAH REHAT, JANGAN BUAT KERJA BERAT. JANGAN BANYAK FIKIR. KERJA DI PEJABAT BUAT YANG RINGAN SAHAJA, JANGAN BERGADUH DENGAN SUAMI. ANAK MINTA TOLONG EMAK @ EMAK MERTUA JAGA.... Bla bla bla, dan lain-lain yang begitu mudahnya sang doktor berkata-kata. Haisss...
Adalah sesuatu yang amat ajaib jika sekiranya aku dapat memenuhi setiap kata-kata doktor tersebut. Kenapa aku berkata ajaib? Iyalah, pertama DUDUK REHAT JANGAN BUAT KERJA BERAT. Biar betul, buat kerja rumah yang menjadi rutin harian seorang isteri bergelar ibu, berat ke? Pada aku, mata aku lebih penat melihat suasana rumah yang tidak berusik sebenarnya. Dan biasalah bila tangan sudah mula beraksi 1-2, mesti akan beraksi sampai selesai seluruh rumah. Ada ke orang yang buat kerja separuh jalan? Aku rasa mungkin ada kot, bergantung pada 'selera' masing-masing. Tepuk dada tanya selera.
Seterusnya, JANGAN BANYAK FIKIR, KERJA PEJABAT BUAT YANG RINGAN SAHAJA. Perghhh... ingat aku kerja kerajaan ke boleh main minta-minta sahaja pada pegawai aku nak buat kerja ringan je. Aku ni makan gaji, terutama jika pegawai aku adalah berlainan jantina dan lebih muda. Hmm... peratusan untuknya memahami situasi keadaan kesihatan aku adalah lebih rendah jika berbanding mempunyai pegawai atasan dari genre jantina yang sama. Sebabnya? Beliau pernah memberi ceramah yang membuatkan aku bertambah sakit hati (yang mana menjadi antara sebab keadaan kesihatan aku bertambah teruk) setiap kali bila aku ingatkan ayat-ayatnya itu. Haihh... Malas lah aku nak fikir, tapi bila setiap kali aku cuba buat-buat tak nak fikir kata-katanya nanti dia akan kenakan aku balik mengatakan aku sengaja tak nak ambil pusing kata-katanya. Berkemungkinan para manusia berlainan jantina ni pantang melihat reaksi muka kita yang tenang tanpa menunjukkan tanda-tanda stres atau tekanan agaknya, maka jikalau boleh mereka itu sebolehnya mahu melihat jua muka stres, muka yang kelat, muka yang tertekan yang mana pada tanggapan mereka ini bahawa muka yang sedemikian adalah muka yang benar-benar bekerja!!! Wahhh... melampau lah kalau macam tu, kalau kita nak lepas stres sekali sekala pun tak boleh, suka agaknya kalau jadi macam aku asyik kena monitor dengan pihak hospital / klinik paras tekanan darah aku agaknya. Hampes tahap gaban betullah!!!
Bahagian seterusnya ni yang paling aku rasa mengong, JANGAN BERGADUH DENGAN SUAMI, ANAK MINTA TOLONG MAK @ MAK MERTUA JAGA. Macamlah aku ni jenis yang suka bergaduh-gaduh ni. Orang lain lagi tak boleh tengok aku duduk dengaan aman damai, kalau boleh nak cari pasal dengan aku lagi adalah... Anak-anak? Seandainya anak-anak aku dapat aku minta tolong emak aku untuk jaga buat beberapa hari, haaiii... aku rasa paras tekanan aku yang satu ini mungkin dapat dikurangkan beberapa peratus, kut... Akan tetapi, haaaaa.... Ada tetapinya, anak-anak aku ni dah bersekolah. Yang mana nak siapkan baju sekolah, tudung sekolah ke mana, kasut sekolahnya ke mana, jadual harian sekolahnya ke mana... Tak sampai hati rasanya nak susahkan orang tua aku dalam nak meminta mereka menjaga cucu sendiri kerana mereka telah bertahun-tahun menjaga aku dulu. Rasanya tidak adil jika menyusahkan orang tua lagi. Iye, bukan selalu pun Pah oii... sementara nak tunggu kamu sihat. Entahlah, aku tak suka menyusahkan orang sebenarnya. Selagi kaki dan tangan aku masih terdaya diangkat dan digerakkan aku akan buat sendiri. Melainkan badan aku sememangnya sudah parah, tak mampu bergerak baru aku minta bantuan orang, boleh?
Heheh... Ego betul cik Pah kita kan...
Bukan ego, aku sememangnya dilahirkan begini. Nak buat cemana. Inilah aku. Dalam bosan-bosan pun, siap satu entri sengal kannnnn... heheheheh




Comments
get well soon