ADILKAH? ATAU PUAS HATI?


Dah 2 malam aku terfikirkan topik ni, setiap kali terfikirkannya setiap kali itulah aku berfikir wajarkah aku merepek kat dalam sini. Almaklumlah, ada beberapa kenalan aku turut melaluinya dan aku harap mereka jangan salah faham pula kerana ini hanya dari pandangan mata kasar aku sahaja ye...



Dah, cik Pah nak merepek ape pulak kali ni? Haa.. Kali ni cik Pah nak membebel pasal kisah PEREMPUAN YANG MENJADI ISTERI KEDUA. Aik... Lain macam je bunyi tajuk. Hehehe, nak santai-santai sikit, malas nak emo. Nanti naik darah tinggi i lagi...huhuhu

Para perempuan yang sanggup menjadi isteri kedua ni, aku tertanya-tanya: Apakah yang bermain difikiran mereka? Atas dasar cinta? Pada pandangan aku singkat fikiran hingga sanggup merentasi lautan api sehingga sanggup merentasi sempatan Siam untuk bernikah (bagus tu sebab masih memikirkan tidak mahu bergelumang dosa, tapi tetap salah sebab membelakangkan keluarga yang menjaga, mendidik sejak kecil sehingga menjadi seorang manusia). Dan yang paling penting, kenapa mereka sanggup merebut kasih seorang lelaki yang masih mempunyai isteri yang mana sah ternyata jika isterinya masih sihat walafiat, masih mampu menjaga makan minumnya. Sudah tiadakah para lelaki solo diluar yang berkenan dihati di kala waktu itu sehingga sanggup mencapai sahaja sesiapa yang lalu didepan mata? Oopps...maaf kira terasa dengan ayat sebentar tadi, seolah-olah dah 'desperate' sangat mahu bersuami lantaran umur semakin dipanjat usia, begitu? Iya, betul. Kebanyakkan akan berkata, " Dah jodoh dengan suami orang. Nak buat macam mana."

Ermm... Aku malas nak kupas isu bab jodoh ni. Akan tetapi terfikirkah mereka akan perasaan si isteri pertamanya? Tidak kiralah dia jenis wanita yang mengawal, queen control atau apa sahaja yang diceritakan 'kononnya' mahu memancing kasihan dan ihsan perempuan dalam melihat mereka yang tertindas dalam rumahtangga,pernahkah mereka terfikirkan itu? Adakah mereka bertemu sendiri isteri pertama melihat sendiri keadaannya? Jika negatif sekalipun, itu isterinya yang dinikahi dahulu atas dasar cinta. Dan adalah menjadi tugasnya sebagai ketua keluarga mengawal keluarganya, dan jika dia sendiri dikawal oleh isteri pertamanya, bagaimana pula jika mereka berkahwin dengannya? Terfikirkah mereka? Owh, lupa pula. Mata dah buta dek kasihan dan 'kononnya' cinta. Haisss...

Itu satu isu. Ini lagi satu isu aku mahu suarakan dari pandangan aku. Tidak pernahkah mereka yang menjadi isteri kedua ni semua terfikirkan majlis perkahwinan yang meriah? Di sambut oleh sanak saudara beramai-ramai berkampung dirumah orang tua sendiri? Sibuk memastikan segala persiapan diatur untuk pastikan tiada yang kurang, mengira hantaran dah cukup nak diberi kepada pihak pengantin lelaki atau tidak? Nak pakai berapa persalinan? Pihak pengantin lelaki dah sampai belum? Pesandingan ala inggeris ke ala kampung ke? Fuhh... Penat nak buat semua tu? Itulah namanya perkahwinan sekali seumur hidup bagi seorang perempuan yang mahu berkahwin. Perkahwinan pertama. Itu sepatutnya. Bukannya lari mengikut lelaki yang masih berstatus suami ke sempadan kerana hubungan tidak dipersetujui keluarga, dengan harapan kelak keluarga akan menerima. Langsung tidak pernah terfikir akan perasaan keluarga terutama ibu yang mengandungkan serta menumpahkan darah untuk melahirkannya. (Iskk... Tadi kata tak mahu emo, ni rasanya macam dah emo sikit, cittt...).

Namun yang pasti, perlulah diingat bahawa Allah itu maha agung, tidak mustahil setiap kesilapan kita Dia bayar secara tunai depan mata kita. Jadi nampak atau tidak itu, sendiri mau ingat nanti ye... Jangan pulak bila dah terkena kemudia, menangis serta meraung berkata:

" Kenapa? Kenapa semua ni jadi begini? Kenapa abang buat saya begini? Apa salah saya abang??? "

Fikir sendiri dalam-dalam, sepanjang hidup pernah buat apa, sama ada secara sedar atau tidak.   

  

Comments

Popular Posts