Kadang-kadang menyampah, kadang-kadang kesian
Aaa...Topik kali ni macam sengal sikit kan? Dah lah lama tak update blog, lepas tu tup-tup keluar pulak post ala-ala sengal macam ni. Bukan apa, nak meluahkan secubit rasa barang secukup rasa gitu, ahaks...
Apa yang buat kamu menyampah dengan kesian ni cik Pah oii...? Hmm... aku menyampah dengan seseorang, dan dalam masa yang sama aku kesian pada this particular person yang aku menyampah ni. Aku rasa ada yang faham siapa yang aku maksudkan disini, terutama teman-teman aku dari sepejabat. Menyampah akan attitude dia di pejabat. Bukan setakat dengan aku sahaja, malah dengan bos pun attitude dia sebegitu. Sakit bola mata dan telinga aku ni menahannya. Tapi nak buat macamana, dah tentu dia tunjang utama buat masa ini, dan bos pula memang baik gila... Sabar sahaja menanti hari-hari terakhir dia. Eh, macam kejam pulak ayat kan? Menunggu hari-hari terakhir? Hahahaha... Bukan aku seorang, malah bos + executive aku pernah cakap pada aku,
"Just be patient. She'll be leaving us soon after her marriage."
Meaning? Ayat tersirat dari yang tersurat tu? Masing-masing juga dah malas nak layankan karenah dia. Ikutkan sahaja.
Dan bahagian yang aku kesian tu, kasihan pada the so called 'friends-of-her'. Yang mana para teman sekelian tiada pilihan untuk berinteraksi dengan orang yang dia tidak suka kerana jika ada antara mereka melanggar 'arahannya', pasti akan jatuh 'hukum'. Tidak kiralah atas alasan apa sekalipun. Ini kerana dua tiga hari lepas aku perhatikan si dia ini ada membuat jamuan makan-makan sesama kumpulan seangkatannya, which means hanya kawan-kawan terpilih sahaja yang menerima jemputan makan-makan tersebut. Aku hairan melihat apabila salah seorang dari kawannya tidak turut serta. Maka aku 'buat-buat' bertanya pada salah seorang staf yang kini rapat dengan 'kawannya' yang tidak dijemput itu, dan ini jawapan yang aku terima,
"Ala kak, saya jenis mana-mana boleh join. Bukan macam sesetengah orang yang bila dah tak suka orang, bila ada kawan dia tegur orang yang dia tak suka, mulalah dengan kawan dia pun dia tak suka."
Terkejut aku bila mendengar kata-kata sebegitu. Ialah, aku tak sangka pula 'ketidak-sukaan' dia terhadap aku meleret sampai sebegitu sekali sampai kawan baik sanggup dia buat begitu. Seburk-buruk perangai aku la, tak akan sampai aku sanggup mengenakan kawan-kawan aku sendiri hanya kerana masalah personal. Patutlah aku tengok yang lainnya macam kalau boleh senyum sahaja, nak tegur lebih-lebih, takut. Itulah, aku kesian akan 'the so called- friends-of-her'. Berapa lama kesetiaannya dapat bertahan? Selagi dia masih ada di sisi? Entahlah labu...
Tapikan, bila melihat dari sudut kawan-kawannya sedemikian, bagaimana pula jika dari kalangan ahli keluarganya kelak? Ialah, andai kata anak-anaknya? Wahh... cik Pah, 'advance' nya pemikiran. Heheheh... Otak tengah kraetif ni, nak buat macamana.
Andaikata ada anak-anaknya berkawan dengan orang yang dia langsung tak berkenan? Memang wajib dengar kata ibu, syurga bawah telapak kaki ibu tu, tapi dari segi kesan psikologi pembesaran anak-anak tu? Hish... manusia ni namanya semakin dilarang, semakin nak buat. Jadi, kebiasaannyalah depan orang yang memberi arahan larangan ni diorang akan ikut, tapi dibelakang lain ceritanya, betul tak?
Akhir cerita, aku tak suka orang bergaduh, berkelahi, bermasam muka hanya kerana perkara yang remeh-temeh. Tak seronok hidup kalau ada perasaan sedemikian dalam kehidupan seharian kita. Dan, ya. Sesungguhnya aku sendiri tidak sabar menanti hari terakhirnya agar stress terhadap aura negatifnya itu dapat segera berlalu dan aku dapat melalui hidup bekerja tanpa perlu menahan rasa risau akan hempasan-hempasan barangan alat tulis, hempasan telefon dan hempasan laci yang kerap datang dari mejanya itu. Sabar ye cik Pah ye..
PEACE
**wink**




Comments