Bermalam di Hospital
Satu malam aku terpaksa bermalam di hospital kerana tekanan darah aku yang sudah melampaui batas. Sesungguhnya akhir-akhir ini aku terasa amat keletihan, entah dimana silapnya seolah-olah aku tidak mendapat rehat yang mencukupi.
Bagaimana aku boleh terjebak sehingga dimasukkan ke wad? Kisah bermula apabila aku ke klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaan tahap kesihatan aku yang kini sudah masuk minggu ke-9. Sewaktu staff-nurse memeriksa tekanan darah aku, dia terkejut melihat hasilnya,
"Tingginya dik. Adik ada rasa pening-pening, loya ke, nak pitam ke?"
soalan yang kerap kali aku dengar setiap kali jika aku melakukan pemerikaan kesihatan dan sebenarnya hati aku berbelah bagi sewaktu hendak melangkahkan kaki untum melakukan pemeriksaan tersebut. Tetapi bila aku kenangkan bahawa aku kerap keletihan, aku gagahkan diri untuk pergi juga.
Berbalik kepada kisah awal tadi, disebabkan dah 2 kali staff-nurse tu check hasilnya sama, aku terus dirujuk ke doktor bertugas pagi itu. Waktu itu hari dah pun nak masuk tengahari, betapa ramainya pesakit yang menanti giliran dan mata aku ni pula bila dah memandang orang ramai sebegitu mulalah terasa rimas + pening. Apabila doktor melihat keputusan tekanan darah aku yang sedemikian, lantas terus doktor tersebut berkata,
"Eh! Darah awak tinggi ni. Saya kena refer awak ke hospital. Awak kena masuk wad 2-3 hari. Awak tunggu di bilik kecemasan bilik 6, nanti diorang hantar pergi hospital."
Pergghhh... Boleh bayangkan tak tak sempat nak duduk langsung terus kena tunggu ambulance hantar ke hospital? Dahlah jalan menuju ke hospital tu 'elok' sangat, ber'bumping'2 aku terlambung-lambung dalam ambulance tu, buat menambah sakit kepala aku lagi ada. Sampai hospital sakit kepala aku menjadi-jadi. Bukan boleh terus rehat lagi, itu nak check, ini nak check, itu nak scan, ini nak scan. Ramai pulak tu. Dengan tengahari aku tak jamah apa-apa, cuma sarapan pagi roti canai sekeping sahaja. Itu pun dapat jamah makanan ketika hospital saji makan malam, dalam jam 5.00-6.00pm. Bila perut dah mula masuk angin, tekak ni memang apa pun rasa tak boleh nak masuk dah masa tu. Muka aku pun rasanya dah macam takde rupa cik Pah lagi dah, macam rupa tapai basi berbulan-bulan kot... Entah, aku tak pernah rasa tapai. Tak minat.
Lepas makan nak rehat? Tak ada maknanya aku dapat rehat. Waktu makan malam (dinner) dihidang adalah waktu melawat pesakit. Jadi boleh bayangkan kan orang ramai melawat orang-orang yang tidak sihat waktu itu. Aku nak rehat dengan amannya seketika waktu itu, serius tak boleh. Yang mana duduk berborak tak cukup kerusi nak duduk, tumpang duduk katil aku. Tak cakap pun nak duduk dengan aku, lepas tu duduk berborak badan tu tak reti duduk diam-diam, bergerak sana, bergerak sini, aku yang terbaring menahan sakit kepala ni bertambah sakit kepala. Tak boleh fikir ke aku tengah terbaring sakit kat katil yang kau duduk tak boleh diam kaki tu, terhayun-hayun... haisss... Kenapa tak tegur orang tu? Nak tegur apa ke bendanya, kalau dah kepala sakit separuh nyawa, nak bangun pun tak larat, rasa macam nak jatuh kebawah aje kepala ni kalau aku bangun waktu itu. Lagi nak bangun cakap kat orang???
Tapi yang bagusnya tidur di hospital ni, aku dapat tidur nyenyak dan lena. Aku matikan telefon bimbit aku, terus tidur. Tiada gangguan. Paginya jururawat kejutkan bangun jam 5.00am. Terasa ringan kepala aku. Mungkin ya, aku kekurangan rehat yang cukup yang membuatkan aku keletihan yang teramat sangat. Tapi, mana mungkin aku nak rehat sedemikian, siapa nak tengokkan anak-anak aku tu?


Comments