Mimpi Daa...
Aaa...
Aku ada buat air milo panas, buat hilangkan mengantuk sebab nak update blog. Heheheh, sekali datang mengong cik Pah kita, banyak pulak dia nak membebel yerr...
Bukan apa, aku nak kongsi serba sedikit rasa musykil yang dok bersarang dalam benak fikiran aku ni haa... Cewah ayat, skema + macam bagus aje kan? Abaikan.
Mesti kalian pernah bermimpi ketika tidur kan? Eh-eh dia ni, tanya pasal mimpi pulak, apa kes ni? Haa, mestilahh bila dah tidur tu bermimpi. Tak kiralah mimpi tu mimpi buruk ke, mimpi tak buruk ke... Janji bila kita dah mula melabuhkan kepala di atas bantal untuk merehatkan otak dan minda, bermakna bila-bila masa sahaja kita akan bermimpi. Jadi, nilah nak cerita sikit pasal mimpi. Dua hari lepas aku bermimpi yang pelik. Pelik macamana? Iyelah, bila otak dan badan dah sama-sama letih, penat... bukankah sepatutnya tidur kita lebih 'aman damai' tanpa mimpi, ye tak? Tapi, aku ni lain pulak boleh pulak mimpi TIKUS MONDOK! Apalah punya mimpi. Tapi bukan tikus mondok yang kotor kat tepi longkang tu, tikus mondok ni bersih, siap dok bermain-main kat atas tilam aku lagi. Eeiii... Macamanalah aku boleh mimpi macam tu ekk...?
Esoknya, 1 hari suntuk otak aku tak boleh nak concentrate kat kerja sebab asyik dok fikir pasal mimpi tu aje. Ialah, nak kata aku ada terpandangkan tikus mondok dalam masa terdekat sebelum tu, rasa-rasannya tak ada. Kalau 3-4 tahun dulu mungkin pernah nampaklah. Takkanlah otak aku tiba-tiba nak proses balik imej tikus mondok tersebut kini? Haisss...
Entahlah labu, agak-agak kalianlah kenapa ye? Atau memang otak aku yang terlalu 'exhausted' sampaikan dia tak mampu nak rehat sebentar. Itu yang macam-macam imej keluar tu... ish ish ish
Comments