Lack Of BUDI BAHASA ke, Tak Friendly???

Aaaa...
Lama tak update blog nieh, seperti biasa alasan yang sama aku nak berikan: BUSY.
Ahaks.. Mesti ada yang dapat agak alasan zaman kuno kan, hahahah... Lantaklah... hohohoh

Kurang budi bahasa. Apa pandangan kalian jika dalam kehidupan anda sehari-hari perlu berdepan dengan golongan yang kekurangan budi bahasa? Anda memberontak? Atau anda buat-buat 'toya' je, buat-buat seolah-olah golongan ini tidak menjejaskan kehidupan anda langsung...

Aii cik Pah, kes apa pulak kali ini? Heheheh... Mesti nak kena ada kes ke baru boleh ada idea nak conteng-conteng kat blog ni? Ishh... tak baik tauu... Tapi, adalah jugakkan. Heheheh... I can say it something sort of, like that I think, uhuksss...(batuk ala mengada-ngada sket, hek hek).

Begini kesnya, my 'department-mate' atau lebih tepat ofis-mate se'department'lah ye... Aku rasa masih muda, dalam lingkungan 23, 24 or 25 lah umur dia kott... Seriously, walaupun dah lebih 2 minggu aku bekerja di ofis tu, aku masih tak kenal siapa dia ofis-mate aku ini. Totally ZERO tauu... Aku tak pasti perkara tentang dia sebab setiap kali aku tanya 10 patah perkataan kat dia, dia jawab kat aku 1 patah perkatan. So, macamana? Andai kalian yang dilayan begitu, sakit hati tak? Hurmm... memandangkan aku ni 'freshie' kat ofis baru, ikutkan ajelah kan. Dia kan pangkat 'senior' aku dalam depertment tu, takkan aku nak lebih-lebih pulakkan kan kan...?

Itu satu, aku pernahlah buat-buat tanya soalan lazim untuk orang berkenalanlah kan, dia takde reaksilah pulak. Bila aku fikir-fikirkan balik, bukan dia ke yang patut 'interview' aku? Ini terbalik, aku pulak yang asyik dok sibuk-sibuk nak tanya pasal dia kerja dah lama kat situ ke tidak... Haisss... cik Pah ni pun satu, tak bagi salam kot nak tanya dia. Ehh... dah siap bagi salam daa... penuh lagi salamnya... Tak cukup ke??? Sebaliknya, akak-akak dan budak-budak department lain yang interview aku. Wahhh... Apa ni? Department Customer Service tapi tak friendly??? Aku salah masuk department ke hape nieh? Boleh tak sesiapa tolong explain kat aku sikit?



Aku bukan nak jadi orang glamer ke apa, just confuse sikit. Sebab manager department tu beriya-iya mengatakan kerja as a team. Teamwork bagai segala, tapi kalau one staff in customer service macam ni, tahap mana sangat 'teamwork' tu dapat dilaksanakan??? Sila terang sikit kot-kot aku yang tersalah tafsir ke, terlepas pandang ke... haisss... Sabor aje lah...

P/S: Entri merapu ye, sekadar melepaskan batuk di tangga. Uhuk, uhuk... heheheh





Comments

Popular Posts