IT'S DECEMBER
Wahai blog,
Begitu lama cik Pah menyepi, iye tak? Haihhh... Terlalu sibukkah cik Pah sehingga tiada masa terluang sedikit pun untuk membebel? Lebih kurang agaknya, hehe... (perasan sibuk betul dia, padahal 'full-time housewife' aje pun) Kwang kwang kwang...
Baiklah, sebagai 'datang kembali' (atau dalam ertinya yang mudah difahami, COMEBACK), cik Pah nak membebel berkenaan anak-anak lah, boleh? Haa... Tiada kisah lebih menarik dari bercerita akan kisah anak-anak memandangkan kehidupan sehari-hari cik Pah adalah dikelilingi dengan anak-anak, ye tak?
Kisahnya, semalam encik suami perlu masuk ke pejabat kerana dia perlu memantau kerja para pekerjanya pada hari Ahad(haishh...dah besar-besar panjang pun nak kena pantau kerja padahal bukan tak boleh buat pun, buat kerja tu ikhlas boleh tak ye...? Jangan nak 'mengular' lebih aje...). Jadi, memandangkan encik suami dah banyak kali berjanji nak bawa anak-anak berjalan pada hari ahad, maka dia pun membawa kami semua 'lepak-lepak' di pejabat dia sementara dia bekerja. Selesai sahaja terus dia bawa semua berjalan-jalan di bandaraya Johor Bahru. Entah apa yang ada, cik Pah pun tak pasti, sebab kalau berjalan seorang di waktu 'muda remaja' (sila jangan muntah ye hehe) dahulu mungkin balik rumah pasti penuh tangan kanan kiri dengan beg plastik (hehehe), tapi bila dah beramai-ramai ni, 'budget' perlu ada. Terutama sekali bila anak-anak semua sedang membesar, keperluan sekolah mereka untuk kesekolah terutama di hujung tahun seperti ini adalah KEUTAMAAN! Jadi, memandangkan anak-anak semua hanya mahu berjalan, jadi 'cik-puan' ini berpendapat,
"Nak berjalan, ok. Nak makan-makan, ok. Tapi nak beli yang bukan-bukan yang tiada kaitan dengan sekolah, minta maaf!"
Ketiga-tiga mengangguk setuju. Dan sebelum asar tadi alhamdulillah sampai ke rumah. Ini bukan kedekut dengan anak-anak ye. Ini adalah untuk mereka. Jika masa mereka kecil (maksima umur 5 tahun), bolehlah jika mereka mahu merengek nak itu ini, boleh dibelikan. Tetapi, umur masing-masing sudah meningkat. Bila meningkat keperluan untuk persekolahan adalah paling utama. Kerana pada pandangan cik Pah, di zaman ini tidak kira apa jua semua adalah DUIT. Even jangan pelik satu hari nanti jika kita mahu berkelah di pantai pun perlu bayar duit juga! Tak percaya? Contoh paling mudah, air terjun Kota Tinggi! Dulu masih cik Pah ingat masa waktu bersekolah, apabila beriadah mandi manda di sana, tiada pula kena bayaran! Pergi bawa baju, tuala, makanan & minuman sendiri. Selesai mandi manda, balik! Sekarang? Wallahualam... Dah lama tak pergi. Sebab? Kali terakhir pergi, dikenakan bayaran, mengikut UMUR! WHAT???? Dah terasa macam nak masuk panggung wayang pulak! Haishhh...
The point is (ewah, speaking pulak dia ni..haha), tiada apa yang percuma zaman ini. Tiada lagi istilah "KEBAHAGIAN TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT". Sebab? Jika tiada wang, tiada makanan / tiada pakaian / tiada tempat tinggal / tiada sekolah. Dan apabila segalanya tiada, masih boleh bahagiakah? Pokoknya, EVERYTHING IN THIS WORLD ARE MADE OF MONEY. So, if you want to earn that 'happiness', first you need to learn to earn your money. (tak boleh belah falsafah cik Pah kali ini yer...hehehe)



Comments
to see this blog on regular basis to get updated from most recent gossip.
Here is my webpage :: goji berry