HOLA...
Assalamualaikum dan salam Aidiladha buat semua. Wah, bersarang sudah blog cik Pah kita ini ye.. Almaklumlah, dah jadi madam kat rumah, 'perasan' sibuk kat rumah entah apa-apa entah yang dibuatnya kan..? Hahaha... Sila jangan dicemburukan akan 'kebosanan' cik Pah dirumah sehinggakan otak mulai kekeringan idea dan ditambah dengan ketepuan otak ini yang mulai malas untuk memikirkan idea untuk membebel diruangan ini. Cewahh...ayat, sangat skema dan serius kali ini cik Pah menggunakan bahasa melayu ejaan penuh. Sila tepuk tangan untuk diri sendiri ye. Terima kasih. Haha...gelak ala-ala 'gedik' sikit untuk 'comeback' kali ini..hehehe
Baiklah, apa cerita terbaru? Tiada yang 'happening' pun, cuma semakin bosan ditinggalkan dirumah oleh encik 'bos' dirumah memandangkan dia sudah pun dinaikkan pangkat beberapa bulan lalu. Malah sampaikan tengah malam pun ketuanya masih menelefon bertanyakan perihal kerja. Boleh bayangkan macamana rasa bosan itu kan? Itu belum lagi ditambah pada kerjanya yang mesti ditelitikan lagi menerusi komputer ribanya meskipun waktu itu dia baru tiba di rumah, seharusnya dia mulai istirehat. Namun, itulah encik 'bos'ku yang ku sayang itu. Beriya-iya mahu memberi contoh bahawa dia mampu melakukan kerjanya dan aku pula? Meskipun adakala aku cemburukan kerjanya, aku perlu redha bahawa kerjanya itulah yang memberi makan pada kami anak-beranak ini semua. Alhamdulilah.
P/S: tapi, masih cemburukan keutamaan kerjanyalah, boleh?
Dan ada tak sesiapa boleh bagitahu macamana nak hilangkan rasa cemburu pada kerja encik suami sendiri???
Comments