POLLING EVE IN SIMPANG RENGGAM
Gambar ihsan encik Google
The polling day is tomorrow, and guess what? I can't wait for all this to end. Why?
Haaa... Tiba-tiba cik Pah merepek nak 'speaking London' pulak yer... Hahahaha, saje 'test power'. Kot masih hebat berbahasa Inggeris, KATANYA... haaaaa
Baiklah, memandangkan sepanjang minggu ini merupakan minggu yang teramat bosan, iaitu minggu orang-orang sibuk berkempen, sibuk orang ini mengata parti itu, orang itu mengata parti ini. Pendek kata semua yang dikatakan itu masing-masing sama ada dalam sedar atau tidak, sememangnya masing-masing memang ada lakukan. Jadi, aku selaku antara rakyat yang tidak terlibat dengan mana-mana parti mulai rasa jemu dan bosan dengan 'drama' masing-masing. Baik layan sinetron Indonesia di television, sakit hati sewaktu menonton sahaja. Kalau malas nak tengok lagi, tukar sahaja channel television itu. Tapi apabila 'drama politik' dalam negara yang semakin memuncak-muncak baik di television mahupun di internet, serius tak dapat nak lari. Masuk kereta konon nak pusing-pusing kat pekan, ehhh... sama juga situasinya. Beberapa kelompok orang dengan pakaian parti masing-masing sedang cuba memancing di setiap laluan kenderaan yang masuk mahupun keluar. Sedarkah mereka dengan melakukan sedemikian, mengganggu konsentrasi pemandu yang tiba-tiba memperlahankan kenderaan masing-masing mahu melihat apakah yang tertulis di 'papan tanda' yang dibawa itu. Sangat bahaya kerana aku tidak berminat untuk membaca satu pun, tidak kiralah yang berwarna biru atau hijau atau kuning, kerana aku sedang membawa anak-anakku. Dan 'gangguan' di jalanan seperti itu amat merbahaya bagi pemandu yang sedang konsentrasi kepada pemanduan mereka. Jadi, tolong di lain kali (5 tahun akan datang), sila fikirkan kembali jika mahu memancing undi 'last minute' seperti ini.
Amboi cik Pah, anti benor dengan politik ye... Tak adalah nak anti manapun. Cuma rimas dengan para pengikut parti yang begitu teruja sehingga tidak memikirkan perasaan orang sekeliling. Cuba bayangkan, dalam berita POLITIK. Suratkhabar pun hampir 50% politik juga, bila log masuk ke facebook pun newsfeed penuh dengan politik. Ishhh... pening kepala mak ni dok tengok cerita politik memanjang tau! Hajat di hati nak jugak cuci-cuci mata tengok baju-baju atau handbag sale atau offer kat facebook, tup tup masuk POLITIK penuh dari atas sampai bawah. Penat tau nak tapis satu per satu.
Walau ap-apa pun, selamat berjuang kepada yang bertanding esok, regardles of which party you're with. Semoga kejayaan di pihak yang benar-benar layak. Dan sekiranya anda telah menang, dan TOLONGLAH, sila jalankan amanah yang diberi kerana rakyat percaya pada anda untuk memegang jawatan tersebut mewakili mereka.
Gambar ihsan encik Google
#Kenapa facebook tak buat filter khas untuk politik, boleh jugak aku 'filter'kan posting tentang politik, baru sedap sikit mata ni nak memandang.



Comments