YANA DEMAM PULA

Pagi Jumaat yang sememangnya amat sejuk hari ini. Serius terasa mahu sahaja di tarik selimut untuk menggantikan tidur yang kekurangan malam tadi. (cewahh... ayat sangat skema bukan? Layankan sahaja ya...)


Haaa... nampak tak gambar di atas ini? Iya, Nur Adriana Alia telah demam panas berserta batuk semalam. Haisss... Disebabkan pengalaman sebelum ini yang mana Yana pernah dimasukkan ke wad gara-gara suhu badan yang melampaui had bagi kanak-kanak pada umurnya, aku bersengkang mata malam tadi tidak tidur menjaganya. Percaya atau tidak? Iya, lagi sekali ayat skema seolah-olah menunjukkan 'ibu mithali' lah sangat yer... huhuhu 

Sebenarnya semalam sepatutnya Yana ada pertandingan sukaneka peringkat daerah Simpang Renggam, dia sangat beriya-iya nak pergi. Jadi aku hantar dia ke pra-sekolahnya seperti biasa. Dalam kira-kira pukul 9.00 pagi cikgunya menelefon memberitahu Yana mengadu sakit kepala tidak dapat meneruskan sukaneka. Jadi aku kembali ke pra-sekolahnya lalu menjemput Yana balik. Semasa dalam perjalanan balik, tiba-tiba Yana bersuara,

" Ibu, ada kawan Yana nama dia Iris dah meninggal tau."

Eh, tiba-tiba pulak. Lalu aku bertanyakan perihal kawannya itu,

" Eh? Bila? Kawan yang mana satu? Semalam dia ada datang sekolah tak? Siapa yang bagitau kat Yana ni? "

" Ada, dia semalam ada datang sekolah. Cikgu Yana yang cakap, semalam dia tercekik mainan kat rumah dia. Tadi masa nak sarapan cikgu suruh baca al-fatihah bagi kat dia. "

Innalillah-hiwa inna-ilaihirajiun...
Tersentak aku mendengarnya. Fikiran aku mulai berimaginasi bagaimana seksanya jika kita tercekik makanan, inikan pula tercekik benda yang keras yang tidak mungkin dapat dihadam, akan tetapi yang mengalaminya budak kecik pulak tu. Kasihan aku memikirkannya. Namun sudah ajalnya sedemikian datangnya jadi kita perlu menerima dugaan yang diturunNya walau sesedih atau sehiba mana pun kita. Cakap senang kan? Nak melaksanakannya? 

Dalam pada itu, dengar khabarnya arwah ni tinggal dengan atuk dan neneknya. Atuknya seorang pencen guru besar sekolah, mengikut kata mak aku lah setelah dia merisik-risik cerita. Owh, baru aku teringat akan ada seorang pakcik tu selalu tunggu cucunya dalam kereta Wira Aeroback dengan plat nombor JJJ3344 kalau aku tak silap lah. Mungkin dia bukan orang yang peramah sebab mak aku kata orangnya sombong, tapi mungkin iya juga sebab aku yang selalu terserempak dengannya pun memang tak pernah nampak mukanya senyum walau sedikitpun. 

Baiklah berbalik kepada kisah arwah yang meninggal itu, ada sesuatu yang Yana katakan buat aku teringat sampai sekarang,

" Ibu, kalau orang yang dah meninggal dah tak boleh bangun kan? Patutlah Iris tu semalam dalam kelas tak mau duduk pun. Dia konon-konon nak jadi pengawas kelas la tu. " 
lepas tu Yana tergelak sendiri, teringat gelagat arwah kawannya itu agaknya. Mungkin Yana belum tahu bagaimana mahu menunjukkan ekspresi rasa sedih kehilangan kawan. 

P/S: Adakah Yana terkejut sampai demam hari ini?     

Comments

Popular Posts