STATUS MUKABUKU SEKARANG SANGAT ANNOYING!!!

Penat, letih apabila setiap kali log-in masuk ke ruangan mukabuku, kebanyakkan status yang dikemaskini lebih banyak berkisar politik serta ada juga status yang berkisar kenegerian. Jika sekali sekala tu mungkin mata ni masih boleh diganjakkan ke status seterusnya, tapi bila masuk sahaja status yang terpampang di awal pagi sudah mulai berkaitan politik, sangat annoying! Bukan itu sahaja, dan status yang seterusnya begitu juga. Politik belaka yang mana semuanya sama sahaja, yang si A mengata yang si B tidak betul walhal si B juga tidak kurang tidak betulnya.

Sesungguhnya aku nak lihat status yang memberi ilmu serta pelajaran, bukan status yang menghentam sesama manusia yang mana sebenarnya mereka itu adalah sesama Islam. Namun perlakuan masing-masing seolah-olah sinetron Indonesia yang mana hasut menghasut menjadi permainan utama. Oh, lupa pula, kita kan serumpun.

#KALAU MUSIM POLITIK DAH BERLALU, MUSIM APA PULA YE?

Comments

Popular Posts