Apa Cerita...?

Salam semua. Wah, betapa lamanya tak kemaskini blog, nasib baik tak lupa kata laluan masuk, kalau tidak... waaaaaa.... Dah masuk pun minggu terakhir bulan February, berhabuk dah blog cik Pah kita. Hahaha, perasan 'busy' yang teramat kan, maka penuh sarang labah-labah la jadinya blog ni.

Sebenarnya cik Pah saja nak mengomel hari ni. Tentang kek 'cekelat'. Haaa... kenapa tiba-tiba cik Pah bercerita pasal makanan pulak kali ni? Ni semua gara-gara FB Pizza Hut la ni, sila lihat gambar di bawah,


Nak tahu satu cerita, bila aku terlihat gambar makanan tersebut, serta merta minda aku berkata,
"Haaa...petang ni aku nak buat kek coklatlah. Dah lama tak buat."

Seterusnya bila aku ke kedai 'kononnya' nak membeli bahan-bahannya, serta-merta minda aku berkata lagi,

"Esok-esok kan boleh buat, 'k.i.v' dulu lah."

Hahaha.... Maknanya aku dah malas balik, kan... Hampeh je cik Pah kita. Serius aku memang penuh 'semangat' nak buat mula-mula. Dah amik kunci kereta siap bawa anak aku sekali pergi ke kedai runcit semata-mata nak buat kek, tapi bila 'bateri' semangat tu mulai pudar, haaa... jadi lah perkara sedemikian. Hahaha... ko ni Pah. memang tak boleh blah. 
Hahaha

Comments

Popular Posts