"SHA, KAU MARAH AKU KE? TAK MESEJ DAH PADA AKU"



Semalam aku terima pesanan sms dari seorang teman lama.
Teman lama yang begitu akrab sewaktu zaman remaja aku dahulu.

“ASKUM SHA, KAU APA KHABAR? SIHAT KE? KAU MARAH AKU LAGI KE, TAK MESEJ DAH PADA AKU”

Ya, benar.
Begitu lama aku tidak menghantar mahupun membalas pesanan sms teman aku ini.
Berdasarkan sms tersebut sepertinya aku sedang marah padanya kan?
Ya, betul.
Aku memang marahkannya akan sesuatu.
Dan aku bila betul-betul marahkan orang aku akan diam seribu bahasa
dan seandainya orang tersebut berada di depan mata dan bertanya itu dan ini
aku hanya akan memandang wajah orang tersebut dengan pandangan kosong sahaja.

Buruk kan perangai aku?
Macam budak-budak kan?
Entahlah, aku dah malas nak fikir dah.
Dah penat terus terang aku katakan.
Penat nak ‘tolong’ fikirkan masalah orang lain walhal masalah aku sendiri tak tertolong.

Haisss

Penat tau tak 




Comments

Popular Posts