Hidup Ini: Bak Sinetron Gitu, awww...




Haa... Tajuk kali ni tak boleh 'blah' kan? Ala-ala sengal gitu, ahaks..

Dah lama tak update blog ni. Haihhh... rasa rindu nak membebel sorang-sorang, boleh? Heheheh... Dah cik Pah kita dah mula dah sewel dia, hahahaha



Bukan apa, sejak akhir-akhir ini ada beberapa perkara yang terjadi di tempat kerja. Ada yang 'best', ada yang tak 'best'. Macam biasalah hidup kan? Ada pasang surut, turun naiknya.

Dalam masa terdekat ini, bermacam-macam karenah yang dapat aku lihat di tempat kerja tu, dari yang meneyebalkan hati aku sampailah yang menggelikan hati aku. Kenapa? Sebab hanya kerana perkara yang kecil a.k.a remeh, nak diisukan menjadi besar. Walhal perkara yang kecil tersebut jika dibuka dengan mata dan hati minda yang siap sedia, pasti tiada masalah dalam mengharunginya. JAdi, tak perlulah nak mengeluh segala. Ye tak? Fuhhh... Cik Pah membebel apa ni? 'Cer citer' betul-betul. <= hehehe, macam bagus guna perkataan berkurungan tu sebab tengok ramai yang dok guna kat 'wall FB'. 



Nak cerita dengan 'detail', rasanya nanti bosan pulak mata anda membacanya. Jadi, ada baiknya di lain masa aku cerita ye. Cuma yang aku perhatikan, manusia: 

Pertama: Tak banyak sikit MESTI ada rasa cemburu, iri, sakit hati dan 'adik-beradik'nya apabila melihat kelebihan insan lain. **haihhh... penyakit klasik manusia kan??? Don't you think so? ** 

Kedua: Bila dah sakit hati, mesti nak cerita dengan 'kaum kerabat' segala a.k.a memburukkan lagi 'appearance' si insan yang dicemburuinya itu. 

Ketiga: Selesai bercerita, nak sakitkan hati si insan yang dicemburuinya itu. 

Pendek kata, hidup ini bak sinetron Indon di tv. Sakit jiwa boleh jadinya tau tak, sebab bila mata dah malas nak layan sinetron Indon, boleh 'off-kan' set televisyen tu. Tapi, perjalanan hidup ini? Nak 'off-kan' kat mana? Kalau ada remote, boleh jugak tekan butang 'fast-forward' ke, butang 'skip' ke... 

Aku pun bukan nak cakap aku ni baik sesangat, ok. Cuma, terlintas di fikiran aku ni apakah yang menyebabkan wujud 'penyakit' iri hati sesama manusia yang dikira sebangsa dan seagama sedang kita sama-sama insan penuh kekurangan. Bukankah kita ini manusia yang tidak akan sempurna, ada kelebihan dan kekurangan? Jika ada lebih tu, alhamdulilah kurniaanNYA, begitu juga dengan kekurangan. 

P/S: Jaga tingkah laku, jaga budi bahasa. Kerana bahasa jiwa bangsa. Bangsa Melayu penuh sopan santun adab Melayu. Susah sangat ke nak berbudi bahasa? Bukannya dengan menunjukkan kelembutan itu menandakan kita ini lemah, mudah 'dipijak' pun. Kekuatan kita tu, SOPAN SANTUN! 


Comments

Popular Posts