Hari Ni: LENGANG
05 Feb 2011
Sabtu
Hari ini suasana lengang di pejabat aku. Ramai yang bercuti nampaknya. Sebenarnya kalau diikutkan aku pun ingin bercuti hari ini, tetapi memandangkan staff se’department’ aku ingin bercuti, tak mengapalah aku bekerja hari ini. Lagipun hari ini setengah hari sahaja, jam 1 tengahari nanti dah balik dah. Dah boleh sangat kalau aku nak balik rumah mak mertua aku nanti, ye tak?
Banyak yang aku nak membebel di ruangan coretan mengarut aku ni. Tetapi ternyata masa begitu iri dengan aku lantas aku tidak berkesempatan untuk menulis walaupun barang sepatah dua kata, cewahh… Sejak bila pulak pandai bermadah segala ni cik Pah oii… Muahahaha, tak sesusai langsung.
Ok ok, cut with the crap all that. Aku teringat tempoh hari sewaktu aku perlu berurusan dengan pemandu lori trailer yang tiba menghantar kontena kosong mahupun mengambil kontena yang telah siap diisi. Rata-rata yang bertemu aku semuanya berumur dalam lingkungan 40-an ke hujung 50-an. Jadi, mereka ini berumur. Bekerja pada pandangan aku mestilah yang betul-betul ingin mencari rezeki untuk keluarga. Akan tetapi yang kurang menyenangkan telinga aku ni bila ada segelintir yang bertanya aku,
“ Pah, si ‘TETT’ tu memang macam tu ke bila cakap dengan orang? Kurang ajar betul, aku tak habis cakap lagi dia dah letak telefon.”
Ok lah, aku tak kata kesemua pemandu tu ye, segelintir yang bertanya aku kerana aku tak suka nak marah-marah orang macam sesetengah orang tu bila dia merasakan dirinya dah ‘hebat’ sangat bekerja jadi orang lain perlu memandang tinggi akan dirinya. Jadi bagi sesiapa yang sedang membaca bebelan cik Pah kita ini, tolong jangan jump into any conclusion yet because this is general. I’m not pointing this to anyone particular although that particular person is the main reason I’m giving this opinion straight out. Oooo… cik Pah dah start membebel speaking London lah. Ahahah…
Sejak aku mula bekerja di tempat baru ini, begitu banyak karenah manusia yang dapat aku lihat yang mana aku tak pernah lihat sebelum ini sepanjang aku bergelar pekerja industri. Dan belum pernah aku melihat karenah yang pelbagai ini dalam satu satu tempat dalam satu masa sekaligus sebegitu. Sungguh letih aku, serius. Seperti aku melihat perang saudara depan mata dan ada ketikanya aku akan terkena ‘peluru sesat’ mereka ini. Haisss…
Seterusnya, kisah karenah sesetengah makhluk Allah di pejabat aku yang mana aku nampak. I see, I observed, I tried to understands to one certain level on why some people love to do these bad habits/behaviour. Pertama, kata-kata yang membangga diri seperti contoh,
‘Saya dah biasa dah semua ni. Dah 2-3 tahun saya buat.’
Ok fine. I know you’ve been doing the work for 2 to 3 years, okay? So, does it REALLY MATTER to keep on repeating the same dialog again in another situation. Gees, as if all of us are deaf or having memories trouble. Come on lah, everyone knows that you’re the champ in your work, I must admit that the previous boss’s really taking good care of you. But there’s no need to be so damn annoying like that. All of us needed good communication instead of showing off to everyone like that. Haiss, again.
Kedua Sesungguhnya aku tahu, mereka tidak sedar mereka melakukannya, membangga diri seperti itu(betul ke tidak sedar? Walhal solat tidak pernah tertinggal. Iye ke? Entah, wallahualam.), akan tetapi bukankah setiap tutur kata kita yang bakal kita luahkan itu kita akan fikirkan dulu akan butirannya? Jadi, sepatutnya kita sedar akan butiran tuturan kita, betul? Entahlah labu, layan kan ajelah. Dan seperkara lagi, setiap kali apabila ada orang mula menegur sikap dan perangai mereka yang kurang elok itu, maka akan mula muncul muka-muka yang kurang menyenangkan itu. Itu belum lagi berserta dengan sindiran sinis yang bakal dilemparkan kepada lawan mereka yang mereka anggap itulah yang paling sesuai dilakukan pada masa itu. Balas membalas. Itulah yang kerap berlaku dan aku sendiri kerap menjadi ‘batu loncatan’ antara mereka ini untuk membuat ‘serangan balas membalas’. Hurmmm… Sabar ajelah cik Pah. Yup, that’s what I’ve been doing for the past almost 5 months now, and still keep holding on. (Keep holding on… teringat pulak lagu Avril, kekekekek).
The most important thing that I wanted to point out this time around was, there’s no matter how good you think you are at anything that you are doing, please be courteous with others. No matter if that person good looking or not, smart and intelligent or the other way around, smells good or the vise versa, you need to be more polite towards others. Because when you claim that you’re in the line of ‘customer service’, so please, COURTEOUS ARE THE MOST VALUABLE WEAPONS THAT YOU CAN HAVE.

Comments