Di Tahun Baru
Salam pada sesiapa yang sudi menjenguk catatan 'mereng' cik Pah kita nie, huhuh
Lama tak update kan? Sibuk memanjang, nak buat cemana. Ini pun sebenarnya baru terjaga dari tidur, so memandangkan mata tengah fresh nie, cubalah mencurahkan idea sebaris dua kata kat entri kali nieh, heheh
** Gambar: Terima kasih En Google. **winnk wink**
Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya, dan tirai 2011 pula akan dibuka. Bagaimanakah kalian semua melalui tirai tersebut? Dengan penuh girang? Riang? Biasa-biasa sahaja? Atau sedih? Ataupun, bagi kebanyakkan ibu bapa yang punya anak bakal ke darjah 1, pening kepala memikirkan karenah anak itu nanti? Hahahah... bunyinya macam nak story perihal sendiri aje kan? Ya betul...!!! Anak ke-2 aku, bakal memulakan persekolahannya dalam darjah 1 mulai Isnin ini. Alhamdulillah ofis tempat kerja aku ganti cuti 31 Dis hari Isnin ni, tak perlulah aku bergelut nak mintak cuti.
Anak aku yang ke-2 ni, perangai dia lain sikit. Ingat lagi masa hari pertama dia masuk Tabika KEMAS dulu,
NAJWA: Ibu, jangan balik dulu tau. Tunggu Wawa ye...
AKU: Kakak kan ada kat sebelah tu. Nanti dah balik ibu datanglah.
NAJWA: Taknak. Wawa takut.
Adoiyai, nak tak nak memang kena tunggu. Hari pertama & kedua je aku tunggu. Lepas tu dia dah ok. Ini, nak masuk darjah 1 pun aku risau nak tinggalkan dia. Sebab anak aku ni manja dia lain macam sikit.
NAJWA: Ibu temanlah Wawa. Ibu tunggulah Wawa...
Dan lain-lain lagi yang seangkatan dengannya. Semoga kali ni semangat dia kental. Sebab kawan-kawan satu pra-sekolah rata-rata belajar di sekolah kebangsaan yang sama, harap-harap dia ok hari pertama nanti. Oh ya, lupa. Sebelah pagi sekolah agama, confirm memang aku kena tunggu kot. Ish ish ish...
Oh ya, sebelum aku terlupa, selamat kembali ke sekolah kepada semua yang perlu kembali ke sekolah. Ini khas buat anak murid dan tenaga pengajar. Jadikan tahun baru ini tahun yang lebih baik dari sebelumnya ye...


Comments
come to my blog also..
maybe i bleh tolong..
http://www.bux4ad.com/aft/07a1f50c/2a7dab89.html