Bengang Tahap GABAN...!!!


Dah lama tak update blog nie, since last year... Huaaaa... Bz sgt ke? Memang busy sesgt. heheheh...

Aku terpanggil utk kembali menulis adalah kerana aku teringat kembali satu insiden yg berlaku minggu lepas. Waktu itu aku sedang sibuk menguruskan hal ehwal (cewahh, mcm menteri lah pulak...) anak2 aku. Yg sorg tiba waktu utk dijemput pulang dari pra-sekolah, dan yg sorg pulak perlu disiapkan utk sesi persekolahannya di sesi petang, darjah satu. Memandangkan setiap kali seblm aku ke rumah mak aku, pasti aku akan singgah di deretan kedai yg panjang di pekan tmpt tinggal aku ni utk membeli akhbar sbgaimana di pesan oleh mak aku. Minggu lepas juga, merupakan minggu dimana hujan kerap turun. Maka cuaca pun tidak menentu, kejap sejuk kejap panas. Dan pd hari insiden ini berlaku, hari baru lepas hujan. Cuaca mmg sejuk bak di kawasan tanah tinggi. Aku singgahlah di sebuah kedai runcit 'mamak' utk membeli roti sandwitch dan kemudia ke kedai akhbar di sebelah. Sewaktu aku melintasi sebuah restoran mamak di antara kedai runcit dan kedai akhbar ini, terdapat beberapa org pakcik sedang 'melepakkan' diri mereka beramai2 sambil ngeteh @ ngopi dan disamping itu cuci2 mata. Tak suka betul aku bila aku lihat pakcik2 nie lepak, ape dah takde kerja sgt ke nak dibuat dirumah tu? Tolong betulkan mana2 yg bocor ke kat rumah, tolong tebas rumput kat halaman rumah ke, tak pun, buat lah ibadat kat rumah tu. Ini tidak. Dok lepak ramai2 camtu, bila ada perempuan lalu lalang, mula lah berbual pasal perempuan. Eh, kenapa marah2 pulak nie? Aku marah2, sebab nya...

"Aku musim hujan sejuk2 mcm nie, kalau dpt JANDA habis aku kerjakan!"

Kurang ajar pakcik yg ckp ayat ni! Langsung takde perasaan hormat pada org perempuan!!! Cakap time aku lalu kat sebelah dia, pastu buat2 toleh tengok kat aku. Apa? Sebab aku ni selalu pergi kedai tu sendiri ngan anak2 aku, bajet aku ni dah takde laki lah tu???!!! Bingai punya org tua!!!! Dah lah tua, tak ingat nak mati..!!!! Ingat aku ni JANDA ke apa???!!!!! Sakit hati betul aku!!! Ingat aku ni nak balas cakap dia lah tu!!!!!

Habis tu apa aku buat? Aku buat2 pekak, buat2 tak dengar...aku blah je tanpa toleh pun. Rupa pakcik tu mcm mana pun aku tak tau. Apa lah org2 macam ni... Patutnya, dah tua2 ingat Tuhan, fikir amal ibadat tu banyak kurang ke tidak. Kalau kurang, tambahkan. Ini pergi ngeteh buat tambah dosa.

Astaghfirullah... Jgn lah esok2 dah tua, laki aku pulak buat perangai mcm tu. Ya Allah, jauhkan lah...

Comments

Anonymous said…
cheh!!!buat malu kaum je...
ShaZlan said…
Mmg sengal org cenggitu...

O_O

Popular Posts